PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 5hb Mei 2024 yang lalu, PUBI Perak telah dijemput untuk menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Sahabat OKU Perak 2024 yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna RPT Tawas Tambahan, Ipoh Perak dan menghadiri majlis ini bagi mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah Tuan Pengerusi, En Sharul Rahman.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024

Pada majlis ini Presiden Sahabat OKU Perak En Dany Azli telah membuat ucapan pembukaan serta mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan OKU serta NGO yang hadir bagi memeriahkan majlis yang dianjurkan yang mana turut hadir bersama adalah Timbalan beliau iaitu Muhamad Firdaus Ibrahim.

Untuk makluman semua, Persatuan Sahabat OKU Negeri Perak (SAHABAT OKU PERAK) adalah sebuah persatuan yang membela nasib serta memperjuangkan kebajikan golongan OKU di Negeri Perak ini secara amnya.

Setinggi ucapan terima kasih Persatuan Sahabat OKU Negeri Perak (SAHABAT OKU PERAK) kerana sudi menjemput PUBI Perak untuk hadir ke majlis ini serta menyediakan hidapan serta juadah hari raya yang pelbagai dan lazat.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang murni di dalam menyantuni masyarakat di samping menganjurkan aktiviti bagi membangunkan usahawan serta bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

En. Sharul Rahman bergambar bersama Timbalan Pengerusi Persatuan Sahabat OKU Negeri Perak (SAHABAT OKU PERAK), En. Muhamad Firdaus Ibrahim.

#PUBI #NGOusahawan #BantuUsahawan