
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 18 Jun 2025 yang lalu, satu lagi detik penting telah tercatat dalam lembaran perjalanan Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) apabila persatuan ini secara rasmi diiktiraf sebagai salah satu ahli bergabung Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu (DPPM) Negeri Perak.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI : Majlis Peluncuran Penutup Hari Eksport Perak 2025
Penyertaan rasmi ini dimeterai melalui Majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Agung DPPM Kali Ke-12 yang telah berlangsung di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh Perak.
Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohd Zolkafly Bin Harun, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Kerajaan Negeri Perak.
Turut sama memeriahkan majlis ialah barisan pimpinan tertinggi DPPM Negeri Perak yang diketuai oleh Yang Dipertua, Tuan Haji Amirudin bin Tan Sri Tajudin serta Timbalan Yang Dipertua, Tuan Haji Abdulah Sani bin Sha’ari. Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah diwakili oleh Pengerusinya, En. Sharul Baha bin Abd Rahman dan Setiausaha, En. Haizul Fakarudin bin Mohamed Redzuan yang hadir menerima Sijil Ahli Bergabung dalam suasana yang penuh berprestij dan semangat ukhuwah keusahawanan.
Penyampaian sijil ini merupakan simbolik kepada penyatuan suara dan usaha antara NGO-NGO keusahawanan Melayu di negeri ini, sekaligus memperkukuhkan rangkaian kerjasama strategik dalam landskap pembangunan ekonomi bumiputera.
Majlis ini juga menjadi kesinambungan kepada usaha penyatuan dan pengukuhan kolaborasi antara persatuan dan NGO usahawan Melayu yang telah dimulakan dalam sesi Perjumpaan Penyatuan NGO Usahawan tempoh hari.
Melalui penyertaan rasmi ini, PUBI Perak kini bukan sahaja bergerak aktif dalam inisiatif tersendiri, malah kini turut terlibat secara langsung dalam ekosistem lebih besar yang melibatkan DPPM Negeri Perak sebagai payung koordinasi.

Objektif penggabungan ini amat jelas — menyatukan kekuatan dan kepakaran pelbagai entiti keusahawanan bagi mendepani cabaran semasa serta membentuk satu gelombang ekonomi bumiputera yang lebih mapan, inklusif dan berdaya saing.
DPPM Negeri Perak bertindak sebagai pemacu kepada penyelarasan strategi, pemerkasaan usahawan dan juga sebagai suara kolektif kepada para pemain industri Melayu tempatan.
Kehadiran PUBI Perak dalam gabungan ini pastinya akan memberi sinergi tambahan yang bermakna memandangkan keaktifan dan rekod cemerlang persatuan ini dalam memperkasa usahawan bandar dan luar bandar.
Dengan gabungan kekuatan ini, hala tuju pembangunan keusahawanan Melayu di Perak dijangka akan lebih dinamik serta mampu mencipta lebih banyak peluang dan jaringan ekonomi yang mampan.
Semoga dengan penyertaan rasmi PUBI Perak ke dalam keluarga besar DPPM Negeri Perak ini, lebih banyak inisiatif yang dapat dirancang dan dilaksanakan secara bersama.
Ia juga diharapkan dapat memperkukuhkan lagi kedudukan dan peranan NGO keusahawanan dalam landskap pembangunan sosioekonomi Negeri Perak, ke arah memperkasakan usahawan Melayu dan meletakkan mereka sebagai tulang belakang pertumbuhan ekonomi negeri.
#PUBI #PUBIPerak #GabunganNGO #NGOUsahawan #DewanPerniagaan #DPPM
KOMEN TERKINI