
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Pada 17 Jun 2025 yang lalu, satu lagi sesi perjumpaan bulanan penuh semangat dan inspirasi telah berjaya dilaksanakan oleh Team MyANGKASA Amanah Berhad bersama Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI Perak Bhd).
Perjumpaan yang menjadi acara tetap setiap bulan ini bukan sekadar platform perbincangan dan pemantauan prestasi, malah menjadi medan untuk memperkukuh semangat pasukan serta memperkasakan strategi pemasaran demi mencapai sasaran yang telah digariskan bersama.
Dipengerusikan oleh En. Sharul Baha bin Abd Rahman, Pengerusi KOPUBI Perak Bhd yang juga merupakan Setiausaha Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak, sesi ini telah berjalan lancar dengan kehadiran barisan Pengurus Kumpulan yang merupakan anggota penting dalam ekosistem jualan produk MyANGKASA Amanah Berhad di negeri ini.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Kelas Eksklusif: 7 Kitaran Jualan – Strategi Menawan Hati Pelanggan
Dalam suasana penuh komitmen dan keterbukaan, pelbagai isu berkaitan prestasi semasa, cabaran lapangan dan hala tuju strategik telah dibincangkan secara langsung dan berfokus.
Apa yang lebih istimewa, perjumpaan bulan ini turut menyaksikan penyampaian insentif bulanan bagi Mei 2025 sebagai tanda penghargaan kepada pencapaian cemerlang anggota pasukan.
Puan Salwa Taib telah dinobatkan sebagai Pengurus Kumpulan Terbaik Bulan Mei, atas pencapaian pengurusan yang konsisten dan kepimpinan yang menyerlah dalam membimbing pasukan.
Sementara itu, dua lagi pencapaian membanggakan disandang oleh En. Zakarina Kasim, yang meraih Jualan Tertinggi Bulan Mei serta penghantaran kes tertinggi — satu penanda aras baru yang wajar dicontohi oleh seluruh pasukan.
Penyampaian insentif ini bukan sekadar simbol penghargaan, malah menjadi pencetus motivasi untuk terus melangkah lebih jauh dengan semangat luar biasa.

Ia sekaligus membuktikan bahawa setiap usaha dan komitmen tinggi akan sentiasa mendapat pengiktirafan yang sewajarnya oleh pihak pengurusan koperasi.
KOPUBI Perak Bhd, melalui kerjasama strategik bersama MyANGKASA Amanah Berhad, terus komited dalam memastikan pengurusan pemasaran berjalan secara profesional, tersusun dan penuh nilai tambah kepada masyarakat.
Perjumpaan sebegini dilihat bukan sahaja penting dari sudut pengurusan prestasi, tetapi juga sebagai ruang untuk menyemai rasa kekitaan, mengukuh silaturrahim dan menyuntik kembali semangat perjuangan koperasi dalam dunia keusahawanan moden.
Semoga momentum ini terus dikekalkan dan diperhebatkan dari bulan ke bulan, seterusnya menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebagai antara koperasi paling progresif dalam melahirkan ejen pemasaran yang berdedikasi serta memberi impak ekonomi yang nyata kepada anggota dan masyarakat seluruhnya.
InshaAllah.
#KOPUBI #MyAngkasaAmanah #KoperasiUsahawan #PerjumpaanBulanan #PengurusKumpulanMAAB #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia



KOMEN TERKINI