ALHAMDULILLAH, BERKAT USAHA YANG DIJALANKAN, PUBI PERAK BERJAYA MENGUMPUL SUMBANGAN SEBANYAK RM6,000 DARIPADA ORANG RAMAI!
Susulan daripada kejadian tragedi kebakaran di Puncak Jelapang yang lalu, JK Kebajikan & Kerohanian Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak yang diketuai oleh Cik Mawardah Ahmad Yusni telah melancarkan Tabung Bantuan Khairat Kematian bagi membantu ahli keluarga mangsa dan berkat dari usaha tersebut, sasaran kutipan sebanyak RM6,000 telah berjaya dicapai dalam masa tempoh yang telah ditetapkan.
Sehubungan dengan itu, pihak PUBI Perak akan bekerjasama dengan Pengerusi MPKK, RPT Kampung Sri Aman, Menglembu Perak, Tuan Azha Bin Md Isa dan Ketua AJK Masjid Abdul Rahman Auf, Ipoh bahagian Biro Ekonomi iaitu En. Jalil akan menganjurkan sebuah Majlis bagi menyampaikan sumbagan ini kepada ke semua waris mangka kejadian pada 26hb Disember 2018 bertempat di RPT Kampung Sri Aman Menglembu, Ipoh Perak.
Dijangka akan turut serta pada Majlis Penyampaian Sumbangan ini adalah wakil dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang juga merancang untuk membuat sumbangan kepada waris pelajar pada majlis yang sama pada hari tersebut.
Selain itu, pihak PUBI Perak juga merancang untuk mengundang Exco Kerajaan Negeri Perak iaitu YB Yunus Jamsharidan ADUN kawasan iaitu YB Steven Chaw Kam Foon untuk hadir ke majlis penyerahan tersebut.
Semoga Majlis yang dirancang ini akan berlangsung dengan lancar dan berjaya dan orang ramai yang ada kelapangan dijemput untuk hadir.
Insyallah..
KOMEN TERKINI