PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 15hb Disember 2023 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah dijemput oleh Pihak Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) untuk menghadiri ke Majlis Anugerah Usahawan Negeri Perak 2022 yang telah berlangsung bertempat di Hotel Kinta Riverfront & Suites, Ipoh Perak.

Mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) ke Majlis ini adalah Pengerusi PUBI Perak iaitu En Sharul Rahman dan juga Setiausaha PUBI Perak iaitu En Haizul Fakarudin. Turut hadir ke majlis gilang gemilang ini adalah 3 orang AJK Wanita PUBI Perak iaitu Pn Jamaliah, Pn Norhuda dan juga Pn Noor Azlina.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Program MyMudah Bagi Persatuan Perniagaan Negeri Perak

Pada majlis tersebut, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad telah sudi hadir bagi merasmikan Majlis Anugerah Usahawan Negeri Perak 2022 seterusnya menyampaikan anugerah bagi meraikan para usahawan Perak yang telah menempa kejayaan sepanjang tahun 2022 yang lalu.

Dalam ucapan perasmian, beliau telah memaklumkan kerajaan negeri Perak telah berjaya membantu seramai 114,000 usahawan dalam tempoh Januari hingga November tahun 2023 ini sahaja.

Menurut YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad lagi, Kerajaan Negeri Perak melalui Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) dengan kerjasama lebih 40 agensi negeri dan persekutuan telah melaksanakan 414 program keusahawanan bersama 40 agensi dengan peruntukan sebanyak RM348 juta dalam tempoh terbabit.

“Program seperti Go Cashless n E-Commerce, bantuan one-off, moratorium, Geran Khas Prihatin, skim mikrokredit dan pelbagai lagi sejak 2022 telah banyak membantu usahawan membina atau mengembangkan perniagaan, terutamanya selepas era pandemik. “Geran Usahawan Perak (GeRAK) juga antara inisiatif yang memberi limpahan manfaat kepada usahawan kita.

Saya dimaklumkan sehingga kini hampir 900 permohonan usahawan telah diluluskan. Begitu juga dengan pelaksanaan Program Jelajah Hari Terbuka Usahawan Dan Koperasi 2023 yang telah menjelajah ke 11 daerah yang memberi manfaat kepada lebih 200,000 usahawan,” jelasnya.

Tambahnya lagi, sebanyak RM1.3 juta telah diperuntukan kepada STeP pada Belanjawan Perak 2024 untuk terus memperkasa program usahawan. Sementara itu, pada anugerah tersebut sebanyak 17 kategori dipertandingkan melibatkan usahawan-usahawan dari pelbagai latar belakang dari negeri Perak.

Anugerah Tokoh Usahawan Negeri Perak 2022 berjaya dirangkul oleh Encik Ahmad Zakaria bin Khalid, pemilik syarikat Minyak Afiat Sdn Bhd yang mengeluarkan produk minyak afiat di Kuala Kangsar.

Mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) ke Majlis ini adalah Pengerusi PUBI Perak iaitu En Sharul Rahman dan juga Setiausaha PUBI Perak iaitu En Haizul Fakarudin. Turut hadir ke majlis gilang gemilang ini adalah 3 orang AJK Wanita PUBI Perak iaitu Pn Jamaliah, Pn Norhuda dan juga Pn Noor Azlina.

Hadir sama, YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin; YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Salbiah binti Mohamed; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman; YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Puan Halizah binti Sipun dan Pengarah STeP, Encik Mohamad Rozlan bin Mohamad Razalli.

Hampir 500 tetamu lain terdiri dari kalangan usahawan, persatuan usahawan, ketua jabatan dan wakil telah turut bersama hadir ke majlis yang gemilang dan julung kali di adakan di Negeri Perak ini.

Tahniah kepada semua usahawan yang telah berjaya merangkul anugerah dan semoga kejayaan mereka ini menjadi pencetus semangat kepada lain-lain usahawan Perak untuk maju dan berjaya.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak di Negeri Perak juga ingin merakamkan Jutaan Tahniah kepada pihak Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) kerana berjaya menganjurkan sebuah Majlis yang gilang gemilang serta memberi inspirasi kepada usahawan di Negeri Perak ini.

PUBI Perak juga beiltizam untuk meneruskan usaha-usaha yang murni di dalam menyantuni masyarakat di samping menganjurkan aktiviti bagi membangunkan usahawan serta bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga sektor keusahawanan di Negeri Perak akan terus maju dan berdaya saing sebagai dan semoga PUBI Perak akan menjadi sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#PUBI #NGOusahawan #BantuUsahawan