Nut Afni Nirwana menunjukkan sijil program anak angkat yang diterima dari Perkeso | Gambar – Sinar

KISAH KEHIDUAN – LIMA BERADIK YATIM PIATU JADI ANAK ANGKAT PERKESO

SEBERANG JAYA- Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menjadikan lima beradik yatim piatu yang ibu bapa mereka meninggal dunia akibat dilanggar pemandu mabuk pada 9 Februari lalu sebagai anak angkat.

Pengarah Perkeso Negeri, Othman Nordin berkata, Program Prihatin Keluarga Angkat Perkeso dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu akan memastikan kebajikan dan pelajaran kesemua anak pasangan, Khairizul Mohamad Noor, 38 dan Zuriana Hassan,35 terbela sehingga usia mereka mencecah 21 tahun.

Menurutnya, Perkeso akan menyalurkan pencen bulanan Allahyarham Khairizul kepada setiap seorang anaknya selain memberi sumbangan RM2,000 untuk pengurusan jenazah.

ARTIKEL SEBELUM INI: Lima Yatim Piatu, Ibu Koma Dua Bulan Meninggal Dunia

“Lima beradik ini telah menerima faedah pengurusan jenazah di atas kematian ayah sebanyak RM2,000. Kemudian mereka menerima pencen bulanan sehingga umur 21 tahun.

“Selain itu kita akan memantau perkembangan pendidikan mereka termasuk menghantar mereka menjalani program motivasi, menyediakan bayaran yuran kelas tambahan dan bantuan kelengkapan sekolah agar mereka tidak tercicir daripada pelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di sini selepas menyampaikan sumbangan dan sijil program anak angkat kepada anak-anak Allahyarham Khairizul di sini hari ini.

SUMBANGAN DITERIMA OLEH ANAK SULUNG ALLAHYARHAM, NUR AFNI NIRWANA.

Semalam Sinar Harian melaporkan Zuriana yang menjadi mangsa rempuhan kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai mabuk pada 9 Februari lalu menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) awal pagi semalam.

Dia dilaporkan meninggal dunia pada jam 1 pagi tadi selepas dua bulan bertarung nyawa akibat kemalangan yang turut meragut nyawa suaminya, Khairizul.

Tular Anak Kecil Tidur Di Jambatan, Ustaz Ebit Lew Nekad Bawa Balik Rumah –>

Adiknya, Noorlyana, 25 berkata, jenazah arwah kakaknya itu dijangka dikebumikan di Surau Jalan Mohd Saad, Bagan Jermal Butterworth hari ini selepas proses bedah siasat selesai.

Dalam kejadian jam 5 pagi, pada 9 Februari lalu, seorang pekerja kilang maut manakala isterinya parah selepas motosikal mereka dirempuh sebuah kereta dipandu oleh lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol di Kilometer 140.2 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara berhampiran susur Perai.

Khairizul disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan manakala isterinya dirawat di HSJ kerana kritikal selepas mengalami pendarahan di bahagian otak selain beberapa kecederaan lain.

Selain Nur Afni Nirwana, empat lagi anak pasangan itu ialah Nur Istna Nadira,14; Nur Erna Nabila,12 ; Nur Qurratu Ain,7 dan Muhammad Khairi Zafran, setahun sembilan bulan.

Sumber: Sinar Online