KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK
Terkini pada 20hb Julai 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan lawatan kerja ke premis perniagaan Universiti Teknologi Petronas (UTP) terletak Bandar Seri Iskandar Perak.
Hadir ke lawatan kerja ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman dan tujuan utama lawatan kerja ini adalah untuk melihat premis-premis perniagaan yang hendak disewakan oleh pihak Universiti Teknologi Petronas (UTP) kepada syarikat atau koperasi yang berminat bagi menjalankan perniagaan seperti runcit, perkhidmatan kurier dan sebagainya.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Perjumpaan Bersama Juruaudit Koperasi
Mengetuai lawatan ini adalah En Adlan dari Jabatan Pengurusan Harta dan Penyelengaraan Universiti Teknologi Petronas (UTP). Untuk makluman semua, Universiti Teknologi Petronas (UTP) adalah sebuah universiti tersohor di Malaysia di mana seramai lebih 6,000 pelajar yang mengambil pelbagai jurusan akademik diperingkat Diploma dan Ijazah. Pihak Universiti Teknologi Petronas (UTP) melalui Jabatan Pengurusan Harta dan Penyelengaraan ini berhasrat untuk membuka semula sewaan premis-premis perniagaan ini bagi menampung keperluan harian pelajar serta staf sokongan yang menentap di dalam universiti ini.
Justeru itu Pihak KOPUBI Perak Bhd telah menawarkan secara rasmi telah memohon salah sebuah premis yang ada bagi penjalankan perniagaan koperasi bagi meningkatkan pendapatan serta perolehan koperasi pada masa hadapan. Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah.
KOMEN TERKINI