PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 12hb Oktober 2024 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah berlangsung hari kedua Kursus Pembuatan Kuih Karipap Frozen (Sejuk Beku) yang melibatkan 30 orang peserta yang telah terpilih untuk mengikuti kursus yang dijalankan pada 11hb – 13hb Oktober 2024 ini.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Kursus Pembuatan Kuih Karipap Frozen (Sejuk-Beku) (Hari Pertama)

Pada hari kedua ini, seawal jam 8 pagi di perkarangan Hotel Seri Malaysia, Ipoh Perak para peserta kursus ini telah berkumpul untuk menaiki sebuah bas ke Bengkel Latihan JWAN Delight bertempat di Kampung Temiang, Ipoh Perak.

Setibanya peserta di Bengkel Latihan JWAN Delight maka bermulalah sesi pembelajaran Kursus Pembuatan Kuih Karipap Frozen secara pratikal di mana peserta telah mempelajari teknik yang betul di dalam pembuatan Kuih Karipap Frozen (Sejuk/Beku) ini.

Peserta telah mempelajari cara membuat kulit karipap yang mulus serta mempelajari teknik yang betul membuat inti karipap supaya tahan lama.

Kursus ini sepenuhnya telah dikendalikan oleh Pn Jamaliah Md Yatim selaku Ketua JK Pembangunan Wanita PUBI Perak dan telah dibantu oleh dua orang AJK PUBI Perak iaitu Pn Norhuda dan juga Pn Nor Azlina.

Ahlhamdulillah, pada hari kedua ini, para peserta yang telah menimba ilmu serta mendalami teknik-teknik yang betul di dalam Pembuatan Kuih Karipap Frozen (Sejuk Beku) secara hand on dan praktikal.

Para peserta yang telah menimba ilmu serta mendalami teknik-teknik yang betul di dalam Pembuatan Kuih Karipap Frozen (Sejuk Beku) secara hand on dan praktikal.

Turut hadir pada hari kedua ini adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi PUBI Perak dan wakil Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) iaitu Pn. Nur Aiin Binti Harisan, Pegawai Bahagian Penilaian, Pemantauan dan Pengurusan Pengetahuan Jabatan Pembangunan Wanita.

Setelah tamat sesi pembelajaran di Bengkel Latihan JWAN Delight, para peserta telah dibawa semula ke Hotel Seri Malaysia dengan menaiki bas dan akan mengikut sebuah lagi sesi perbentangan yang bertajuk Pengenalan kepada Industri dan kepentingan Pembungkusan, Pelabelan dan Nutrisi Makanan Sejuk Beku yang mana tajuk ini telah dibentangkan oleh En. Razali Bin Abd Razak selaku Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd.

Semoga program ini memberi impak ekonomi yang besar kepada peserta yang bakal terpilih terutamanya golongan wanita serta mampu menjadikan mereka seorang usahawanita yang berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak #ProgramJPW