PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 11hb Oktober 2024 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah berlangsung hari pertama Kursus Pembuatan Kuih Karipap Frozen (Sejuk Beku) yang melibatkan 30 orang peserta yang telah terpilih untuk mengikuti kursus yang dijalankan pada 11hb – 13hb Oktober 2024 ini.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Taklimat Kursus Pembuatan Kuih Karipap Frozen (Sejuk/Beku)

Kursus ini dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta bermula jam 1 petang bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ipoh Perak.

Seterusnya En. Sharul Rahman selaku Pengerusi PUBI Perak telah memulakan kursus dengan memberi taklimat serta ucapan aluan-aluan kepada para peserta dan diikuti dengan sesi perbentangan modul pertama kursus iaitu Asas Keusahawanan dan Pemasaran Berkesan yang dikendalikan oleh Setiusaha PUBI Perak, En. Haizul Fakarudin bin Mohamed Redzuan.

Kursus diteruskan dengan modul kedua yang bertajuk Asas Pengurusan Kewangan di mana modul ini telah dibentangkan oleh En. Mohammad Nafis bin Zamah Sari selaku Bendahari PUBI Perak.

Pada sebelah malam pula, kursus diteruskan setelah para peserta mendaftar diri ke bilik penginapan masing-masing dan menjamu selera juadah makan malam yang disediakan di Cafe Hotel Seri Malaysia.

Pn Jamaliah Md Yatim selaku Ketua JK Pembangunan Wanita PUBI Perak telah meneruskan modul kursus seterusnya iaitu Teori dan Pengenalan kepada Pembuatan Kuih Karipap Frozen.

Ahlhamdulillah, pada hari pertama ini, seramai 30 orang peserta yang telah terpilih untuk mengikuti kursus ini telah menimba ilmu serta mendalami topik-topik yang telah dibentangkan dan seterusnya akan mengikuti kursus Pembuatan Kuih Karipap Frozen (Sejuk Beku) secara hand on yang akan diadakan pada keesokan harinya bertempat di Bengkel JWAN Delight di Kampung Temiang, Ipoh Perak.

Untuk makluman semua, PUBI Perak pada 11hb September 2024 yang lalu telah membuka permohonan untuk menyertai Kursus ini kepada orang ramai dan lebih 100 orang calon peserta telah memohon untuk mengikut kursus ini dan hanya 30 permohonan sahaja yang telah diluluskan oleh PUBI Perak.

Pada tahun ini, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah terpilih oleh Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) untuk melaksanakan Kursus Pembuatan Kuih Muih Frozen (Sejuk Beku).

Kursus ini dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta bermula jam 1 petang bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ipoh Perak.

Difahamkan terdapat hampir 30 NGO dari seluruh negara telah dijemput pada sesi taklimat ini dan hanya NGO yang berjaya menepati kriteria yang ditetapkan oleh pihak kementerian sahaja yang telah terpilih untuk menjalankan program ini.

Syukur ke hadrat Illahi di atas kejayaan Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak yang telah terpilih bagi untuk pelaksanaan program ini seterusnya diterima secara rasmi sebagai penganjur pelaksana program yang bakal dijalankan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM), yang sudi memberi peluang kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan ini adalah satu penghormatan yang diterima oleh persatuan sejak ditubuhkan pada tahun 2016 yang lalu.

Turut hadir pada hari pertama kursus ini adalah wakil Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) iaitu Pn. Nur Aiin Binti Harisan, Pegawai Bahagian Penilaian, Pemantauan dan Pengurusan Pengetahuan Jabatan Pembangunan Wanita.

Semoga program ini memberi impak ekonomi yang besar kepada peserta yang bakal terpilih terutamanya golongan wanita serta mampu menjadikan mereka seorang usahawanita yang berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak #ProgramJPW