PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 13hb Oktober 2024 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah berlangsung hari ketiga Kursus Pembuatan Kuih Karipap Frozen (Sejuk Beku) yang melibatkan 30 orang peserta yang telah terpilih untuk mengikuti kursus yang dijalankan pada 11hb – 13hb Oktober 2024 ini.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Kursus Pembuatan Kuih Karipap Frozen (Sejuk/Beku) (Hari Kedua)

Pada hari ketiga ini, seawal jam 8 pagi di perkarangan Hotel Seri Malaysia, Ipoh Perak para peserta kursus ini sekali lagi telah berkumpul untuk menaiki sebuah bas ke Bengkel Latihan JWAN Delight bertempat di Kampung Temiang, Ipoh Perak.

Setibanya peserta di Bengkel Latihan JWAN Delight maka Pn Jamaliah Md Yatim selaku Ketua JK Pembangunan Wanita PUBI Perak telah memulakan sesi pembelajaran seterusnya iaitu peserta telah diberi latihan dan pembelajaran praktikal teknik pembungkusan sejuk beku yang betul serta mengikut standart pembungkusan perniagaan.

Melalui teknik pembungkusan yang betul ini maka peserta boleh memasarkan produk mereka di pasaran dan berupaya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah.

Ahlhamdulillah, pada hari ketiga ini, para peserta yang telah menimba ilmu yang sangat berguna dan menerima tips-tips perniagaan dari tenaga pengajar yang sangat berpengalaman.

Turut hadir pada hari ketiga ini adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi PUBI Perak dan wakil Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) iaitu Pn. Nur Aiin Binti Harisan, Pegawai Bahagian Penilaian, Pemantauan dan Pengurusan Pengetahuan Jabatan Pembangunan Wanita.

Setelah tamat sesi pembelajaran di Bengkel Latihan JWAN Delight, para peserta telah dibawa semula ke Hotel Seri Malaysia dengan menaiki bas dan akan mengikut sesi bersama Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perak bagi slot Advokasi Antigangguan Seksual-AAGS.

Ahlhamdulillah, pada hari ketiga ini, para peserta yang telah menimba ilmu yang sangat berguna dan menerima tips-tips perniagaan dari tenaga pengajar yang sangat berpengalaman.

Seterusnya pada sebelah petang juga akan berlangsung Majlis Perasmian Penutup serta penyampaian sijil kepada peserta oleh Puan Kavaramma A/P Subramaniyam, Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak.

Alhamdulillah, program yang dirancang selama 3 hari 2 malam ini telah berjalan dengan baik serta mengikut perancangan yang telah ditetapkan serta mencapai objektifnya.

Semoga program ini akan memberi impak ekonomi yang besar kepada peserta yang bakal terpilih terutamanya golongan wanita serta mampu menjadikan mereka seorang usahawanita yang berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM), yang sudi memberi peluang kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan ini adalah satu penghormatan yang diterima oleh persatuan sejak ditubuhkan pada tahun 2016 yang lalu.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak #ProgramJPW