KURSUS KEMAHIRAN MEMBUAT WESTERN FOOD ANJURAN BERSAMA PUBI PERAK DAN HAAZA CENTRE OF EXCELLENCE.
Alhamdulillah, pada 9hb Mac 2019 yang lalu, telah berlangsung Kursus Kemahiran Membuat Western Food anjuran PUBI Perak di bawah JK Pembangunan Wanita dengan kerjasama Haaza Centre of Excellence.
Seramai hampir 20 orang peserta telah berjaya menamatkan kursus jangka pendek ini dan telah menerima sijil masing-masing yang telah disampaikan oleh Ketua JK Pembangunan Wanita PUBI Perak iaitu Pn. Zuraida Zulkepli.
Program sebelah pagi dimulakan dengan Majlis Pembukaan oleh Timbalan Pengerusi PUBI Perak En. Nor Adzman Nali dan diikuti oleh taklimat wakil dari TEKUN Nasional iaitu En Sariffuddin yang memberi taklimat berkaitan fasiliti dan bantuan dari Pihak TEKUN Nasional.
Seterus peserta telah ke dapur Pusat Institut Pentauliah Haaza untuk mempelajari teknik membuat Chicken Chop Special yang lazat dari tenaga pengajar dari Institut Haaza ini iaitu Chef Salleh Yusoff.
Pada sebelah petang pula Pengurus Besar Institut Pentauliahan Haaza iaitu En Shah juga telah menyampaikan taklimat beliau dan menerangkan kursus-kursus yang ditawarkan okeh pihak Haaza dan diikuti dengan Taklimat berkaitan Pelabelan dan nutrisi yang telah disampaikan oleh Wakil KBio Technology Sdn Bhd iaitu En Razali.
Semoga program anjuran Jawatankuasa Pembangunan Wanita PUBI Perak ini akan memberi impak dan manfaat kepada setiap peserta-peserta yang hadir. Insyallah..
#PUBIPerak
KOMEN TERKINI