PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini pada 1hb Mac 2020 yang lalu telah berlangsung Kursus Fardhu Kifayah Pengurusan Jenazah di Masjid Al-Huda, Kg. Seri Ampang, Ipoh.
Kursus ini telah dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Huda, MPKK Kg. Seri Ampang, Ipoh, Perak dengan usahasama Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak di bawah Jawatankuasa Kebajikan dan Kerohanian PUBI Perak.
Setinggi penghargaan juga kepada para penceramah yang sudi menjayakan kursus ini iaitu Al-Fadhil Tuan Haji Muhamad Ali B. Mohammad (Imam Masjid Negeri Idrisiah Ipoh) dan Ustazah Norhaizah Bt Md Rawi (Pegawai Hal-Ehwal Agama Pejabat Agama Daerah Ipoh).
Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan demi keberkatan dan keterusan hidup masyarakat Muslim khususnya.
Semoga PUBI Perak juga terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.
Insyallah
Pn. Norhuda Binti Abd Razak
Ketua Jawatankuasa Kebajikan & Kerohanian PUBI Perak
KOMEN TERKINI