KISAH KEJAYAAN JUTAWAN MAMASAB

Dengar sahaja nama Mamasab, pasti kita semua tahu akan sebuah jenama kek yang kini viral dan telah menghasilkan jualan sehingga RM102 juta. 

Walaupun terkesan dengan PKP pada tahun 2020 yang lalu, namun Mamasab bersama kumpulannya tetap berjaya meraih jualan yang tinggi.

Jom kita lihat kisah kejayaan Jutawan Mamasab.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Siapa Founder Foodpanda? Bagaimana Foodpanda Ini Wujud?

BERMULA DARI DAPUR RUMAHNYA SENDIRI

Di awal penglibatannya dalam dunia bisnes bakeri, beliau telah memulakan bisnes tersebut hanya melalui dapur rumahnya sendiri. Pada awalnya, beliau banyak mempelajari resepi kek daripada kelas dan juga melalui Youtube. 

Siti Noor Sabrina Soobri atau lebih mesra dengan panggilan Mamasab ini juga merupakan bekas radiographer di sebuah hospital Lembah Klang.

Selepas perniagaan daripada rumahnya bertambah maju, beliau mula membuka kedai bakeri dan mengupah beberapa orang staf. Wah, semangat keberaniannya patut kita semua contohi! 

Baru-baru ini, Mamasab telah memperolehi anugerah Nona Best Networking Business Award di Majlis Anugerah Nona Superwoman Award 2020. Bagi beliau, kejayaan tersebut merupakan memori indah buatnya dan hasil daripada sifat tidak kenal erti putus asa walaupun pelbagai cabaran telah mendatang.

ILMU ADALAH TONGGAK KEJAYAAN UTAMA MAMASAB

Mamasab berkongsi bahawa kejayaannya juga datang daripada ilmu perniagaan yang dipelajarinya. Bagi meningkatkan lagi mutu perniagaannya, Mamasab telah mempelajari ilmu perniagaan daripada pelbagai latar belakang pakar perniagaan. Hasil daripada sifat tidak mengenal erti malu dalam menuntut ilmu, lihatlah hasil Mamasab sekarang!

MEMPUNYAI STRATEGI PERNIAGAAN YANG BERKESAN

Jualan kek Mamasab sememangnya dikatakan viral sehingga ke seluruh Malaysia dengan strategi perniagaannya yang berkesan. Antaranya adalah melalui media sosial dan rangkaian ejen serta dropship yang ramai. Kini, Mamasab telah memiliki 12 cawangan di seluruh Malaysia.

Kesimpulannya, kejayaan Mamasab patut menjadi ikutan oleh kita semua terutamanya bagi mereka yang baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Selain itu, permulaan awal bisnes Mamasab juga boleh dikatakan agak kecil kerana bermula daripada dapur rumah sendiri.

Semoga kita juga boleh berjaya dalam bidang masing-masing suatu masa nanti.  Semoga bermanfaat.

Sumber: Majalah Labur

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD