KEMPEN eDAGANG PENJANA: FAEDAH USAHAWAN SHOPEE RM1,500

Bagi menggalakkan lebih ramai usahawan e-commerce mikro dan PKS menjalankan perniagaan melalui atas talian, Kempen eDagang PENJANA telah dijalankan dengan menawarkan faedah sebanyak RM1,500 kepada usahawan baharu yang ingin memulakan perniagaan di Shopee.

Kempen E-Dagang PENJANA merupakan sebahagian daripada inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang dilancarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Kempen ini dijalankan untuk merancakkan ekonomi dengan mempercepatkan digitalisasi dalam kalangan perniagaan tempatan serta memberi galakan kepada penjual yang baharu kepada e-dagang.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Kempen e-Dagang Perusahaan Mikro Dan PKS Penjana

Untuk pengetahuan, Shopee merupakan platform e-dagang yang beribu pejabat di Singapura yang menjual pelbagai barangan secara atas talian.

Melalui platform Shopee, usahawan boleh memasarkan pelbagai produk mereka secara atas talian dan pembeli boleh membeli barang-barang yang dijual di dalam platform ini pada bila-bila masa di mana-mana.

Oleh itu, bagi melahirkan lebih ramai usahawan e-commerce mikro dan PKS melalui platform Shopee, Shopee telah menawarkan faedah sebanyak RM1,500 kepada usahawan baharu yang ingin memulakan perniagaan.

Permohonan bagi faedah Kempen E-Dagang PENJANA bagi platform Shopee ini dibuka sehingga 23 September 2020.

FAEDAH YANG BAKAL DITERIMA

Faedah yang bakal diterima melalui Kempen eDagang PENJANA di Shopee merangkumi:

  1. Pemberian baucar Shopee RM1,000 untuk meningkatkan jualan perniagaan.
  2. Kredit ‘Shopee Ads’ berjumlah RM500 yang merupakan kredit iklan percuma untuk pemasaran.
Syarat Kelayakan eDagang Penjana Shopee

Terdapat dua syarat kelayakan untuk menerima faedah Kempen E-Dagang PENJANA di Shopee iaitu:

  1. Mendaftar sebagai penjual Shopee mulai 30 Jun 2020 dan seterusnya.
  2. Merupakan usahawan mikro PKS tempatan dan individu dengan atau tanpa pendaftaran perniagaan.

CARA MEMOHON

Usahawan Shopee yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tersebut boleh memohon faedah kempen menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://shopee.com.my/events3/code/986263060/
  2. Klik butang ‘Click Here’ di bahagian ‘Apply Now.’
  3. Log masuk dengan memasukkan no telefon/nama pengguna/email dan kata laluan.
  4. Isi maklumat berikut iaitu:
    i) Nama penuh
    ii) Username Shopee
    iii) Nama kedai Shopee
    iv) Poskod
    v) Pilihan baucer
  5. Tandakan pengakuan yang diberikan.
  6. Klik butang ‘>’ untuk menghantar permohonan

SOALAN-SOALAN LAZIM

1. Apakah tempoh masa bagi saya menikmati ganjaran tersebut?

Faedah yang diberikan akan tersedia sehingga 23 September 2020.

2. Sekiranya saya telah menggunakan semua baucer Shopee, bolehkah saya menuntut lebih banyak lagi?

Tidak, baucer Shopee percuma bernilai RM1,000 hanya boleh dituntut sekali sahaja.

3. Sekiranya saya mendaftar sebagai penjual sebelum 30 Jun 2020, adakah saya layak menerima faedah berikut?

Tidak, hanya penjual dari 30 Jun 2020 dan seterusnya layak memohon manfaat terebut.

4. Berapa lama saya perlu menunggu selepas membuat permohonan?

Manfaat yang akan diberi akan diaktifkan dalam masa 7 hari bekerja setelah bekerja.

5. Bolehkah semua penjual Shopee mengambil bahagian?

Hanya penjual yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon faedah ini.

Pertanyaan Lanjut

Usahawan atau individu yang ingin mengutarakan pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan Shopee di talian 03-2777 9222.

Sumber: Semakan Online

Leave a Reply