PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 29hb Ogos 2020 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak melalui Jawatankuasa Pembangunan Wanita (JKPW) PUBI Perak telah menganjurkan sebuah program yang sangat bermanfaat iaitu Bengkel Celik Pemasaran Shopee.

Kita sedia maklum bahawa platform jualan secara di dalam talian mengguna aplikasi seperti shopee dan lazada mahupun platform yang lain-lain telah memberi keuntungan yang besar kepada kebanyakan bisnes di dalam negara kita.
Adalah sangat merugikan sekiranya kita tidak mengambil peluang serta mempelajari kaedah jualan dalam talian yang jelas memberi impak yang besar kepada kita dan di dalam masa yang sama akan meningkatkan keupayaan peniagaan kita ke peringkat yang lebih tinggi.

AKTIVITI PERSATUAN YANG LALU: Bengkel Teknik Pemasaran Facebook

Sekiranya kita gagal menambah ilmu serta gagal memahami perubahan semasa di dalam bidang pemasaran secara dalam talian ini, kita berkemugkinan besar akan ketinggalan lebih jauh ke belakang serta gagal bersaing dengan pesaing-pesaing perniagaan kita yang giat memajukan perniagaan masing-masing secara lebih berkesan dan efektif.

Oleh itu Jawatankuasa Pembangunan Wanita PUBI Perak (JKPW) telah menganjurkan bengkel yang sangat bermanfaat ini dengan nilai pelaburan wang ringgit serendah RM80 sahaja di mana para peserta telah mendapat pulangan pelaburan dalam bentuk manfaat dan kebaikan serta akan memberi impak kepada perniagaan masing-masing.

Alhamdulillah, seramai 12 orang peserta telah menyertai bengkel ini di mana antara topik-topik yang telah mereka pelajari sepanjang bengkel ini adalah latihan praktikal dan ‘hand on’ A-Z teknik membina Kedai Shopee, latihan serta mempelajari selok-belok pengendalian/setting aplikasi shopee.

Selain itu, peserta juga mempelajari latihan tambahan berkaitan Teknik Copy Writing dan Teknik Tajuk Memukau di dalam Shopee serta didedahkan kepada mereka teknik-teknik bagaimana menjual secara berkesan di shopee dan tips ‘close sales’ dengan betul.

Diharapkan bengkel yang dianjurkan ini akan memberi manfaat kepada para peserta yang hadir serta akan memberi impak kepada perniagaan masing-masing.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..