JOM DAFTAR BENGKEL CELIK WHATAPP BUSINESS
PUBI PERAK SEBAGAI SALAH SEBUAH PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENGANJURKAN SEBUAH PROGRAM YANG AKAN MEMBANTU USAHAWAN SERTA MAMPU MENINGKATKAN JUALAN SERTA KREDIBILITI SESEBUAH PERNIAGAAN.
PUBI Perak di bawah Jawatankuasa Pembangunan Usahawan akan menganjurkan sebuah bengkel yang berimpak tinggi dan bermanfaat kepada semua usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini.
Bengkel tersebut adalah Bengkel Celik Whatapp Business di mana anda akan mempelajari teknik serta kemahiran menggunakan aplikasi ‘whatsapp business’ yang sangat membantu di dalam perniagaan masing-masing.
Tahukah anda ada banyak kelebihan serta fungsi whatapp business yang tidak diketahui umum di mana aplikasi ini sebenarnya membantu anda menguruskan peniagaan anda dengan mudah, cepat dan efektif.
Dengan memaksimumkan penggunaan whatapp business ini, kita akan mudah menguruskan pelanggan serta data-data pelangan dengan lebih sistematik dan tersusun.
Berikut adalah Teknik-teknik mengoptimakan Whatapp Business yang akan anda pelajari sepanjang bengkel ini;
- Teknik membalas whatapps dengan lebih pantas dan mudah
- Teknik menapis (filter) pelanggan dengan mudah supaya anda mendapat pelanggan yang ‘genuine’ dan berkualiti
- Teknik membalas whatapp secara automatik (Auto-Reply)
- Teknik membina e-katalog di dalam whatapp bagi memudahkan pelanggan menilai serta membeli produk anda.
- Teknik membina profile perniagaan di dalam whatapp business supaya lebih menarik disamping menyerlahkan identiti perniagaan dan lokasi perniagaan anda.
Bukan itu sahaja, ada kelas bonus dari tenaga pengajar di dalam bengkel ini iaitu cara-cara dan teknik untuk setup wasap.my yang ramai orang tidak tahu serta cara-cara menggunakan whatapps auto reply/responder.
Info bengkel adalah seperti berikut:
Tarikh :17hb Oktober 2020
Hari : Sabtu
Masa : 9am – 5pm
Tempat : Pejabat Urusan PUBI Perak, Station 18, Ipoh Perak.
Bayaran : RM80 (Bukan Ahli) | RM70 (Ahli Berdaftar)
Terhad kepada 12 orang peserta sahaja dan TARIKH AKHIR BAYARAN ADALAH PADA 12HB OKTOBER 2020.
Nota: Mempunyai smart phone dengan kapasiti GB yang besar dan mempunyaI data internet sendiri.
SIAPA YANG WAJIB MENGHADIRI KELAS INI?
✅ Usahawan atau bakal usahawan yang ingin memajukan perniagan.
✅ Agen Insuran/Takaful, Unit Trust, MLM, Coway DLL
✅ Ahli Politik, Ahli Parti, NGO dan Koperasi
✅ Cikgu sekolah, Pelajar Universiti dan sebagainya.
✅ Kakitangan swasta dan kerajaan.
Kelas ini akan dijalankan secara praktikal dan ‘Hand On’ serta akan dijalankan di dalam bentuk yang santai serta ‘interactive’.
Untuk mendaftar, sila klik link di bawah ini untuk mendaftar dengan segera. Jangan lepaskan peluang anda semua untuk join bengkel yang julong kali diadakan ini! Insyallah..
KOMEN TERKINI