PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Terkini pada 29hb Februari 2020 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak melalui JK Pembangunan Wanita PUBI Perak telah menganjurkan sebuah bengkel yang sangat bermanfaat iaitu Bengkel Kemahiran Mambuat Mee Kuning.
Untuk pengetahuan semua, bengkel kemahiran membuat mee kuning ini adalah kali yang ke-4 anjuran Jawatankuasa Pembangunan Wanita PUBI Perak yang diketuai oleh Pn Zuraida Zulkepli.
Untuk makluman semua, tenaga pengajar bagi kursus kemahiran ini pula adalah Sis Lea atau nama sebenar beliau adalah Pn. Jamaliah Binti Md Yatim yang sangat terlatih dan berpengalaman.
Beliau juga merupakan tenaga pengajar bertauliah dan diiktiraf oleh JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran) dan juga merupakan salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Kecil bagi JK Pembangunan Wanita serta Ahli Berdaftar PUBI Perak.
Bengkel ini telah berlangsung dengan jaya di di Bengkel Jwan Delight yang dimiliki oleh Sis Lea dengan hadiran seramai 5 orang peserta.
Melalui bengkel ini, peserta telah mempelajari resepi serta teknik mudah untuk membuat mee kuning di rumah disamping mempelajari cara-cara mudah memulakan bisnes menjual mee kuning secara kecil-kecilan dengan MODAL YANG SANGAT KECIL.
Peserta juga telah mempelajari teknik pembukusan yang betul supaya mee kuning yang ingin dijual nampak menarik serta mampu bertahan lama sebelum ianya dijual kepada pelanggan.
Semoga bengkel ini akan memberi manfaat dan inspirasi kepada kita untuk terus maju dan berjaya di dalam perniagaan masing-masing.
Sama-sama kita jadikan tahun 2020 ini sebagai tahun pencetus kejayaan yang lebih besar kepada kita semua. Insyallah..
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.
Insyallah
Jamaliah Md Yatim (Sis Lea)
Ahli Mesyuarat JK Pembangunan Wanita PUBI Perak
KOMEN TERKINI