Gambar dari Facebook Norfarrah Syahirah Shaari

COVID-19: WANITA OKU SUMBANG PPE YANG TELAH DISIAPKAN KEPADA HOSPITAL TELUK INTAN

Terdahulu telah tular diseluruh negara, kegigihan seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) menyiapkan pakaian perlindungan diri (PPE) bagi kegunaan petugas barisan hadapan ekoran penularan wabak penyakit Covid-19 di negara kita ini.

Walaupun dilahirkan tanpa tangan, namun wanita orang kurang upaya (OKU) ini tetap berkorban tenaga dan masa dengan menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) bagi kegunaan petugas barisan hadapan.

Pembantu Tadbir di Kolej Komuniti Teluk Intan (KKTI), Norfarrah Syahirah Shaari, 32, menggunakan kemahiran menjahit menggunakan kaki untuk menghasilkan gaun isolasi yang akan disumbangkan kepada Hospital Teluk Intan (HTI) dan Klinik Kesihatan Teluk Intan.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Covid-19: Wanita Oku Sumbang PPE Untuk Barisan Hadapan

Norfarrah Syahiran sebelum ini berkata, inisiatif #DariKomunitiUntukKomuniti dilakukan bersama sembilan kakitangan KKTI yang juga sukarelawan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan dibantu 25 tukang jahit lain.

Terkini pada 23 April 2020 yang lalu, OKU berkenaan telah berjaya menyiapkan projek tersebut dan telah menyerahkan pakaian perlindungan diri (PPE) yang telah siap kepada Hospital Teluk Intan dan Klinik kesihatan Teluk Intan bersama sebahagian kakitangan Kolej komuniti Teluk Intan.

Di dalam sebuah lontaran di facebook milik Norfarrah Syahirah Shaari telah memuat naik beberapa keping gambar sesi penyerahan tersebut kepada pihak pengurusan Hospital dan Klinik berkenaan.

Alhamdulillah semalam kami sebahagian kakitangan Kolej komuniti Teluk Intan telah menyumbangkan baju PPE frontliner kepada Hospital Teluk Intan dan Klinik kesihatan Teluk Intan.

Akhirnya selesai sudah Projek CSR kami selama 2 minggu nie.

Seramai hampir 30 orang yang terlibat termasuk tukang jahit sekitar Teluk intan yang bertungkus lumus untuk sama2 membantu menjahitkan baju frontliner nie.

Norfarrah Syahirah Shaari, 32
Pembantu Tadbir di Kolej Komuniti Teluk Intan (KKTI)

Beliau turut berkongsi pengalaman menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) bagi kegunaan petugas barisan hadapan ini di facebook beliau dan mencerita bahawa ada beberapa bahagian yang sukar untuk dijahit iaitu piping di bahagian leher dan getah di tangan.

OKU Pun Boleh Berjaya, Jual Kebab Raih RM8,000 Sehari –>

Beliau memberitahu beberapa orang telah bertanya kepada beliau, adakah susah untuk menjahit bahagian tersebut kerana tugasan ini memerlukan ketelitian dan penggunaan tangan yang cekap.

” Tak susah pun walaupun guna kaki je.. Alhamdulillah bagi saya mudah dan senang saja.. ” ujar beliau di satu lontaran facebook beliau.

Beliau turut berkongsi gambar-gambar sewaktu menjahit bahagian-bahagian yang sukar untuk membuat pakaian perlindungan diri (PPE) bagi kegunaan petugas barisan hadapan ini dan posting tersebut telah mendapay banyak perhatian daripada warganet.

Beliau turut kongsikan paparan video sepanjang projek CSR PPE frontliner yang beliau bersama team Kolej Komuniti Teluk Intan dijalankan.

Ustaz Ebit Lew ‘Cari’ OKU Yang Dipakaikan Mask Oleh Tentera –>

Beliau sangat berharap agar paparan ini dapat menjadikan kita semua bersemangat untuk membantu mereka yang berada di barisan hadapan untuk berjuang dalam memutuskan rantaian Covid-19 yang sedang melanda negara kita pada waktu ini.

” Kami sebahagian kakitangan Kolej Komuniti Teluk Intan dan sukarelawan tukang jahit sekitar Teluk intan mengucapkan ribuan terima kasih kerana sentiasa mendoakan kesejahteraan kami. ” Ucap beliau di Facebook.

Jom sama-sama kita menonton video pendek yang telah dihasilkan ini.

Kami di Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cik Norfarrah Syahirah Shaari di atas usaha gigih beliau membantu menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) bagi kegunaan petugas di barisan hadapan.

Semoga usaha ini menjadi sumber inspirasi buat kita semua dan menjadi tauladan kepada kita semua supaya sentiasa berbuat baik kepada semua orang serta menyantuni setiap insan di muka bumi ini. Insyallah..

Sumber: Facebook Norfarrah Syahirah Shaari