COVID-19: AGONG DAN AHLI PARLIMEN BERDIRI SEBAGAI PENGHORMATAN KEPADA ‘FRONTLINER’
Sidang parlimen yang kembali bersidang hari ini menyaksikan kejadian unik apabila Yang di-Pertuan Agong dan kesemua ahli dewan yang hadir berdiri seketika bagi menunjukkan sokongan kepada frontliner yang bertugas memerangi COVID-19.
Dalam sidang yang berlangsung pagi tadi, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mneyeru ahli parlimen bersama-sama untuk berdiri sebagai tanda sokongan kepada mereka yang berkhidmat untuk negara ketika ini.
Sebagai tanda peghargaan negara, marilah bersama sama dengan beta untuk berdiri dan memberikan tepukan yang gemuruh kepada semua wira dan wirawati petugas barisan hadapan negara,”
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Seruan itu kemudiannya disambut dengan tepukan gemuruh oleh ahli-ahli dewan sambil berdiri selama beberapa saat sebagai tanda sokongan kepada barisan petugas hadapan negara.
Dewan Rakyat kembali bersidang hari ini selepas sidang yang dijadualkan berlangsung pada ntara 9 Mac hingga 16 April lalu ditangguhkan kerana negara situasi COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.
Ia juga adalah sidang yang pertama selepas berlakunya peralihan kerajaan sebelum ini yang menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat menjadi perdana menteri bagi menggantikan Tun Dr Mahathir.
Sumber: The Vocket
KOMEN TERKINI