KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MENCABAR.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI yang terdiri daripada NGO dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 21hb Mac 2025 yang lalu Kumpulan PUBI yang terdiri daripada gabungan empat buah entiti iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI), Pertubuhan Kebajikan dan Kemajuan Komuniti Bandar Ipoh (P3KBI atau dikenali sebagai JomBantu), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) dan Koperasi Wanita Unggul Bandar Ipoh Berhad (KOWUBI dalam penubuhan), telah mengadakan sebuah Majlis Iftar Bersama Anak-anak Yatim dan Miskin Yayasan Amanah An-Nur Maisarah.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Kursus Pemantapan Produk Maab

Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Yayasan Amanah An-Nur Maisarah beralamat; No. 33581-B, Jalan Ipoh, Chemor Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Syukur alhamdulillah seramai hampir 70 orang anak-anak yatim dan miskin di rumah kebajikan ini telah diraikan dengan sebuah majlis berbuka puasa dan juga penyerahan duit raya.

Turut hadir pada majlis ini adalah En. Sharul Rahman, Pengerusi Kumpulan PUBI, En Haizul Fakarudin, Setiausaha PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd serta En. Mohammad Nafis selaku Pengerusi P3KBI atau dikenali sebagai JomBantu merangkap Bendahari PUBI Perak dan Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd.

Turut hadir adalah Pn. Zuraida Zulkepli, Penolong Setiausaha PUBI Perak merangkap Timbalan Pengerusi KOWUBI Bhd dan Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd serta Ahli Jawatankuasa PUBI Perak, AJK P3KBI, Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd dan KOWUBI Bhd.

Mewakili pihak Pengurusan Yayasan Amanah An-Nur Maisarah adalah Dr. Fadzillah selaku Pengerusi Yayasan serta beberapa Ahli Jawatankuasa beliau.

Pada majlis ini pihak PUBI Perak mewakili Kumpulan PUBI telah menyumbang dana sebanyak RM1,000.00 kepada pihak Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Yayasan Amanah An-Nur Maisarah bagi membantu pertubuhan ini membiayai kos pengurusan di tempat ini serta meringankan beban yang ditanggung.

Manakala Pertubuhan Kebajikan dan Kemajuan Komuniti Bandar Ipoh (P3KBI atau dikenali sebagai JomBantu) telah menyumbang sebanyak RM2,500 kepada pihak Pengurusan ini pada hari yg sama.

Sumbangan-sumbangan di atas juga sebahagiannya adalah hasil daripada kutipan derma yang telah diberikan oleh para dermawan yang hebat lagi ikhlas yang terdiri di kalangan Ahli Persatuan, Anggota Koperasi dan juga orang awam.

Untuk makluman semua, sumbangan-sumbangan di atas juga sebahagiannya adalah hasil daripada kutipan derma yang telah diberikan oleh para dermawan yang hebat lagi ikhlas yang terdiri di kalangan Ahli Persatuan, Anggota Koperasi dan juga orang awam.

Sumbangan yang diamanahkan kepada kami, telahpun berjaya disalurkan kepada golongan yang memerlukan ini pada majlis yang berlangsung itu dan sesungguhnya Allah SWT akan membalas segala jasa baik para penderma serta diberikan pahala yang berlipat kali ganda dan diberikan rezeki yang melimpah-ruah olehNya.

Disamping itu anak-anak Yayasan Amanah An-nur Maisarah ini diraikan dengan pemberian duit raya oleh Ahli-ahli Persatuan dan Anggota Koperasi yang sangat berhati budiman dan mulia.

Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar dan penuh dengan keharmonian. Pihak Kumpulan PUBI sangat bersyukur kerana dapat menganjurkan program amal ini dan berharap akan dapat menganjurkan program sebegini pada masa akan datang.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan Pusat Jagaan Anak Yatim Dan Miskin Yayasan Amanah An-nur Maisarah kerana sudi memberi peluang dan ruang kepada Kumpulan PUBI untuk menganjurkan sebuah program amal pada tahun ini.

Tidak dilupakan ucapan Tahniah dan terima kasih juga kepada seluruh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak, Ahli Jawatankuasa P3KBI, Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd dan Ahli Lembaga KOWUBI yang telah bertukus lumus bagi menjayakan program yang dirancang ini serta ahli-ahli persatuan dan koperasi yang mendokong penuh pelaksanaan program amal ini.

Syukur kerana dengan izinNya Kumpulan PUBI masih dapat berbakti kepada masyarakat serta menyantuni anak-anak yatim dengan aktiviti amal pada bulan yang sangat mulia ini.

Didoakan agar kita semua mendapat keberkatan daripada usaha yang telah dijalankan ini. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga Kumpulan PUBI akan menjadi salah sebuah entiti yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada NGO dan koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah.

#PUBI #NGOusahawan #KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia