KUNJUNGAN KOPUBI PERAK BHD HORMAT KE SADC PERAK

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG PALING AKTIF DI BANDARAYA IPOH KINI DALAM USAHA MEMBANGUNKAN KOPERASI MELALUI PENUBUHAN KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD.

Terkini pada 2hb Mei 2019 yang lalu, Ahli Lembaga koperasi yang diketuai oleh Tuan pengerusi En. Sharul Baha dan En Mohd Fhami telah mengadakan kunjungan hormat ke SADC Perak untuk bertemu dengan CEO Tuan Haji Yahanis dan Pengerusi Anak Syarikat SADC Perak Tuan Saiful Adli.

Baca Lanjut

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU

PUBI PERAK DAN KOPUBI PERAK BHD MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU KEPADA SEMUA WANITA BERGELAR IBU DI NEGARA KITA INI!

Sayangilah Ibu seperti mana kita menyayangi diri kita sendiri.. tanpa Ibu siapalah kita..

Ibu penyuluh hidup dan Ibu adalah ratu di hati kita..

Alhamdulillah

Daripada,
AJK PUBI Perak & ALK KOPUBI Perak Bhd


AKAN BERLANGSUNG MAJLIS IFTAR DAN PENYERAHAN SUMBANGAN HARI RAYA PUBI PERAK

BERSEMPENA DENGAN BULAN RAMADHAN YANG SANGAT MULIA INI PUBI PERAK MENERUSI PROGRAM TUNAS HARAPAN 2019 AKAN MEMBANTU SEBUAH PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN DI KAMPUNG MANJOI, IPOH PERAK.

Seperti tahun lepas, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak paling aktif di Bandaraya Ipoh sekali lagi menganjurkan sebuah program amal bagi meraikan anak-anak yatim dan miskin serta menyumbangkan sumbangan hari raya aidil fitri berupa wang tunai kepada pusat kebajikan ini serta menyerahkan duit raya kepada hampir 30 orang anak-anak yatim dan miskin yang menetap di rumah kebajikan ini.

Baca Lanjut

MAKAN MALAM AMAL KARNIVAL MAHABBAH 1.0

ALHAMDULILLAH, MAJLIS MAKAN MALAM AMAL KARNIVAL MAHABBAH TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA!

Pada 24hb April 2019 yang lalu, telah berlangsung sebuah Majlis Makan Malam Amal Karnival Mahabbah 1.0 yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak.

Majlis Makan Malam Amal Karnival Mahabbah 1.0 ini adalah anjuran Ahli Jawatankuasa Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh dengan kerjasama Surau Al-Hijrah Ashby Road.

Baca Lanjut