KANAK-KANAK MAUT TERCEKIK MANGGA

Photo : Metro

TERKINI – KANAK-KANAK MAUT TERCEKIK MANGGA

KANAK-KANAK perempuan berusia empat tahun meninggal dunia dipercayai selepas tercekik buah mangga di rumahnya di Taman Limbong Jaya Idaman, Paka dekat Dungun petang hari ini.

Nur Amanda Ahmad Helmi disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Paka pada 5.20 petang.

Sebelum itu, mangsa dilaporkan mengalami sesak nafas ketika disuapkan buah mangga oleh bapanya pada 3.50 petang.

Baca Lanjut

PERMOHONAN BARU BSH 2020 KINI TELAH DIBUKA

TERKINI – PERMOHONAN BARU BSH 2020 KINI TELAH DIBUKA

Ini info terbaru yang kami terima.

Pendaftaran permohonan baru BSH 2020 (Bantuan Sara Hidup) kini telah dibuka bermula hari ini iaitu dari 1 Februari sehingga tarikh tutup 15 Mac 2020.

Anda hanya boleh memohon sekiranya menepati kriteria di bawah:

  1. Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
  2. Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau 
  3. Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020

Pembayaran fasa pertama telah dibuat pada 25 Januari yang lalu kepada penerima BSH tahun lepas.

Baca Lanjut

BAYI LELAKI ANTARA TIGA MAUT NAHAS DI SUNGAI BULOH

Photo Ihsan: Pasukan Bomba & Penyelamat

TERKINI – BAYI LELAKI ANTARA TIGA MAUT NAHAS DI SUNGAI BULOH

KUALA LUMPUR – Tiga orang termasuk seorang bayi lelaki maut dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Km 457.9 Lebuhraya Utara Selatan, Sierramas di Sungai Buloh dekat sini, hari ini. (31hb Jan 2020)

Dua lagi cedera dalam kejadian itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis ketika dihubungi Bernama berkata, nahas melibatkan kereta jenis Proton Persona yang dipercayai melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di bahu jalan.

Baca Lanjut

WHO ISYTIHAR KORONAVIRUS KECEMASAN KESIHATAN GLOBAL

INFO – WHO ISYTIHAR KORONAVIRUS KECEMASAN KESIHATAN GLOBAL

Perkara berkenaan diumumkan WHO selepas mengadakan mesyuarat di ibu pejabat pertubuhan itu di Geneva pada Khamis.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak koronavirus yang telah meragut sekurang-kurangnya 170 nyawa sebagai kecemasan kesihatan global.

Perkara berkenaan diumumkan WHO selepas mengadakan mesyuarat di ibu pejabat pertubuhan itu di Geneva pada Khamis.

Baca Lanjut