TAWARAN BERNIAGA DI TAPAK PASAR MALAM

INFO: TAWARAN BERNIAGA DI TAPAK PASAR MALAM

Berita Baik kepada mereka yang berminat hendak berniaga di tapak pasar malam! Kini anda boleh berniaga di 3 buah tapak pada kadar segera dan hanya dikenakan bayaran yuran satu tapak sebanyak RM10 sahaja untuk setiap kali berniaga.

Tawaran ini dibuat bagi membolehkan rakyat yang terjejas pendapatan akibat Pandemik Covid-19 kembali merancakkan ekonomi dengan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di pasar malam dan sudah pastinya aktiviti ini akan menambah pendapatan masing-masing secara harian.

Baca Lanjut

PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI DAN KECEMASAN MAHASISWA NEGERI PERAK 2021

INFO: PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI DAN KECEMASAN MAHASISWA NEGERI PERAK 2021

Kerajaan Negeri Perak telah memperkenalkan dua bantuan kepada mahasiswa anak Negeri Perak iaitu Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan.

Bantuan ini diberikan bagi meringankan beban mahasiswa yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk membolehkan mereka fokus terhadap pelajaran tanpa terganggu dengan masalah kewangan.

Selain itu, bantuan ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak dalam membantu kebajikan Mahasiswa Perak serta membantu meringankan beban keluarga yang terlibat.

Baca Lanjut

MESYUARAT AJK INDUK PUBI PERAK BIL – 04/2020

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 29hb Disember 2020 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak – Bil.04/2020 bagi sesi 2019/22 di Bilik Mesyuarat Pejabat Urusan PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd yang terletak di Station 18 Ipoh Perak.

Baca Lanjut

PROGRAM KASIH DAN PENYERAHAN KOTAK BANTUAN MAKANAN

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 29hb Disember 2019 yang lalu, PUBI Perak telah menganjurkan sebuah program CSR di mana pihak PUBI melalui kutipan sumbangan Tabung Covid-19 yang dibuat baru-baru ini telah memberi bantuan Bantuan dalam bentuk Kotak Bantuan yang dipenuhi dengan barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan lain-lain lagi.

Program CSR ini turut melibatkan Pasaraya Kita Mart yang telah dipilih sebagai rakan strategik bagi menyediakan serta membekalkan bekalan Kotak Bantuan tersebut.

Baca Lanjut