PERINCIAN BANTUAN PRIHATIN ELEKTRIK DALAM BIL JULAI

Orang ramai mendapatkan perkhidmatan di Kedai Tenaga, Bandar Tun Hussein Onn. – Foto fail NSTP/Aswadi Alias

TERKINI: PERINCIAN BANTUAN PRIHATIN ELEKTRIK DALAM BIL JULAI

PUTRAJAYA: Pelanggan domestik Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan dapat melihat perincian manfaat Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) yang diterima bagi April, Mei dan Jun, dalam Penyata Terperinci yang akan dikeluarkan bulan ini.

Syarikat utiliti itu dalam satu kenyataan media hari ini berkata, Penyata Terperinci itu akan diterima pelanggan bersama bil Julai dalam tempoh tujuh hari melalui pos selepas pembacaan meter dibuat.

Kenyataan itu menyebut, pelanggan domestik juga boleh melihat Penyata Terperinci dan bil itu melalui laman web dan aplikasi myTNB selepas 48 jam menerima Notis Makluman.

Baca Lanjut

BAYARAN GKP BAGI PKS MIKRO AKAN MULA DIBAYAR KHAMIS INI – TENGKU ZAFRUL

Gambar – Astro Awani

TERKINI: BAYARAN GKP BAGI PKS MIKRO AKAN MULA DIBAYAR KHAMIS INI – TENGKU ZAFRUL

KUALA LUMPUR: Geran Khas Prihatin (GKP) bagi pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yang rayuan mereka diluluskan akan mula dibayar mulai Khamis ini (Hari ini).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata pembayaran itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM65.95 juta.

“Bagi PKS Mikro yang gagal kredit (tidak menerima wang) mungkin kerana butiran akaun bank tidak tepat atau tiada akaun bank. Penerima GKP diminta mengemaskini butiran mereka di https://gkp.hasil.gov.my,” ujarnya.

Baca Lanjut

SEKOLAH DIBUKA SEPENUHNYA BERMULA 15 JULAI INI

Gambar: Harian Metro

TERKINI: SEKOLAH DIBUKA SEPENUHNYA BERMULA 15 JULAI INI

SESI persekolahan murid Tahun 5, Tahun 6, Tingkatan 6 Semester 1, kelas peralihan serta tingkatan 1 hingga 4 pada 15 Julai ini.

Bagi murid Tahun 1 hingga 4 pula sesi persekolahan akan bermula pada 22 Julai ini.

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, tarikh pembukaan penuh sekolah itu membabitkan semua sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Baca Lanjut

PERMOHONAN PROJEK PERTANIAN BANDAR 2020 (PENJANA)

INFO: PERMOHONAN PROJEK PERTANIAN BANDAR 2020 (PENJANA)

Menerusi inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun yang lalu, kerajaan telah mewujudkan satu projek untuk penduduk bandar dan pinggir bandar iaitu Projek Pertanian Bandar.

Matlamat projek ini diwujudkan adalah untuk membantu mengurangkan kos sara hidup penduduk bandar dan pinggir bandar yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Selain itu, projek pertanian bandar ini juga bertujuan untuk mewujudkan interaksi sosial dan menggalakkan komunikasi dalam kalangan komuniti bandar serta membantu dan menjamin keselamatan makanan negara.

Baca Lanjut