JURURAWAT MAUT KERETA DIPANDU BERTEMBUNG DENGAN PACUAN EMPAT RODA

KEMALANGAN – JURURAWAT MAUT KERETA DIPANDU BERTEMBUNG DENGAN PACUAN EMPAT RODA

BEAUFORT: Seorang jururawat masyarakat maut selepas kereta yang dipandu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Kampung Nukahan, KM28 Jalan Beaufort-Menumbok, semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Azmir Abdul Razak berkata mangsa Siti Zaharah Jeris@Idris, 34, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Kuala Penyu.

Beliau berkata ketika kejadian mangsa sedang dalam perjalanan dari Beaufort menuju ke Kuala Penyu sebelum bertembung dengan kenderaan itu dari arah bertentangan.

Baca Lanjut

CARA DAFTAR / RENEW SSM ONLINE MELALUI ezBIZ SSM 2020

CARA DAFTAR / RENEW SSM ONLINE MELALUI ezBIZ SSM 2020

Tahukah anda tentang kewujudan sistem ezBis SSM Login?

Ianya dibangunkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi memudahkan urusan pendaftaran / pembaharuan (renew) SSM secara online.

Berikut dikongsikan maklumat lengkap beserta panduan langkah demi langkah cara daftar / renew SSM online melalui sistem ezBiz SSM 2020.

Baca Lanjut

COVID-19: 971 KES POSITIF BERKAIT RENTAS NEGERI

COVID-19: 971 KES POSITIF BERKAIT RENTAS NEGERI

KUALA LUMPUR: Sebanyak 971 kes positif COVID-19 atau kira-kira 14.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 mempunyai sejarah merentas negeri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 18 kluster daripada jumlah keseluruhan 49 kluster yang pernah dicatatkan, juga berkaitan dengan aktiviti merentas negeri.

“10 daripada kluster-kluster itu masih aktif,” katanya pada sedang media harian, di Putrajaya hari ini.

Baca Lanjut

ANGGOTA APM MAUT KEMALANGAN

TERKINI – ANGGOTA APM MAUT KEMALANGAN

ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam (APM) Sepang maut manakala rakannya cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Jenderam/Salak, Sepang hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kemalangan pada 8.20 pagi itu membabitkan Proton Iswara dan Proton Saga yang kedua-duanya mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

Wan Kamarul berkata, anggota APM yang maut ialah penumpang Proton Iswara, Nurul Ain Natasha Mazlan, 26, dari Sungai Pelek, Selangor yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Baca Lanjut