KETAHUI LANGKAH-LANGKAH CEGAH JANGKITAN NOVEL CORONAVIRUS

#JomBeringat

INFO – KETAHUI LANGKAH-LANGKAH CEGAH JANGKITAN NOVEL CORONAVIRUS

Angka kematian akibat jangkitan Novel Coronavirus (2019-nCoV) kini telah menjangkau 41 orang di China, dengan sejumlah 1,316 kes dilaporkan di 14 buah negara.

Kerajaan Malaysia sedang berusaha keras menghalang virus maut tersebut dari merebak ke negara ini dengan melakukan pemeriksaan terhadap pelancong atau pelawat di semua pintu laluan masuk.

Baca Lanjut

ICJ PERINTAH MYANMAR LINDUNGI ETNIK ROHINGYA, HENTI GENOSID

ISU LUAR NEGARA – ICJ PERINTAH MYANMAR LINDUNGI ETNIK ROHINGYA, HENTI GENOSID

GLOBAL | Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Khamis mengarahkan Myanmar mengambil langkah segera melindungi penduduk Rohingya daripada tindakan kejam – keputusan yang dipuji sebagai “kejayaan keadilan antarabangsa” oleh negara kecil Afrika yang membawa kes itu ke ICJ.

Tindakan undang-undang yang failkan Gambia pada November kepada badan tertinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk pertikaian antara negara itu, mendakwa Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Rohingya dengan melanggar konvensyen 1948.

Keputusan akhir mahkamah mungkin mengambil masa bertahun-tahun, dan keputusan pada Khamis hanya melibatkan permintaan Gambia untuk langkah-langkah awal, lapor Reuters.

Tetapi dalam keputusan sebulat suara oleh 17 panel hakim, mahkamah berkata etnik Rohingya menghadapi ancaman berterusan dan Myanmar mesti bertindak untuk melindungi mereka.

Baca Lanjut

DIDAKWA ROGOL & BUNUH BUDAK 6 TAHUN, LELAKI MENGGELUPUR DIBAKAR HIDUP-HIDUP PENDUDUK KAMPUNG

VIDEO – DIDAKWA ROGOL & BUNUH BUDAK 6 TAHUN, LELAKI MENGGELUPUR DIBAKAR HIDUP-HIDUP PENDUDUK KAMPUNG

Seorang lelaki yang dituduh sebagai pedophile telah dibakar hidup-hidup oleh orang ramai selepas didakwa merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun dalam sebuah hutan.

Mangsa telah diikat pada sebatang tiang dan dipukul oleh orang ramai yang tinggal berhampiran Cacahoatan, selatan Mexico.

Mangsa yang masih lengkap berbaju biru dan berseluar jeans telah dipukul berkali-kali termasuk pada bahagian kepalanya sebelum dibakar.

Lelaki berkenaan turut dicampakkan di tanah lapang dengan tangan yang masih terikat lalu dicurahkan petrol ke badannya.

Baca Lanjut