Gambar dari Facebook – Ain Alaudin

KISAH KEHIDUPAN – ADIK HILANG SEJAK 13HB MAC AKHIRNYA DITEMUI TELAH MENINGGAL DI LEBUHRAYA

Sejak malam tadi telah tular sebuah lontaran facebook oleh seorang individu bernama Ain Alaudin yang menceritakan detik-detik kehilangan adik bongsunya yang sangat disayangi.

Menurut lontaran facebook tersebut, adiknya kali terakhir dilihat adalah pada 13hb Mac 2020 yang lalu dan setelah itu adiknya langsung tidak dapat dihubungi sehingga semalam setelah 42 hari menghilang barulah ada khabar berita yang diterima oleh keluarga mereka.

Namun, bukanlah berita gembira yang diterima oleh mereka tetapi sebuah berita sedih yang memaklumkan penemuan rangka mayat di tengah lebuhraya yang dipercayai milik adik bongsu mereka itu.

BACA LANJUT: Mayat Lelaki Tinggal Rangka Dalam Longkang Lebuh Raya

Berikut adalah lontaran facebook yang telah dimuat naik oleh Saudari Ain Alaudin berserta sekeping gambar keluarga bersama adik bongsunya iaitu Allahyarham Ahmad Farid Bin Ahmad Alaudin (01/10/2001 – 25/04/2020) yang telah pergi pada 25hb April 2020 bersamaan 2 Ramadhan 1441H.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah

LONTARAN ASAL FACEBOOK SAUDARI AIN ALAUDIN

” Kami lima beradik, dia paling bongsu. Dia tak ramai kawan. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai belajar pun tetap tak ramai kawan. Dia bukan seorang yang kaki lepak kaki rempit atau sosial. Bukan dia orangnya.

Kali terakhir melihat kelibatnya pada 13 Mac 2020 lebih kurang jam 8.30 malam. Arwah minta izin kat ayah ibu nak ke kampung kawan sekerja di Tangkak. Ayah dan ibu dengan izin melepaskan arwah pergi. Dua hari kemudian ibu telefon tapi tak di jawabnya. Ibu bersangka dia baik-baik saja.

Pada Isnin 16 Mac 2020. Pagi, ibu telefon Ijam (sepupu) yang sama tempat kerja, sebab nak tau keadaan arwah..pastinya arwah tak datang kerja. Kebiasaannya walau macam mana lambat dia tetap balik rumah. Bila dah telefon kawan sekerja yang berasal dari Tangkak tu rupanya mereka tak jadi ke Tangkak malam tu. Selidik punya selidik rupanya arwah ke Ampang seorang diri. Kawan dia di Ampang adalah orang terakhir yang jumpa dengan arwah. Lebih kurang jam tiga lebih pagi arwah gerak dari Ampang untuk balik ke Melaka mengikut kata kawan arwah di Ampang.

Aduan polis telah di buat sehari sebelum PKP. Usaha kami untuk mencari arwah pada mulanya di Hospital Ampang kerana waktu berita kehilangan arwah ditular, ramai yang wasap..telefon untuk bagitahu penemuan yang arwah kemalangan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: ‘Arwah Solat Lama Berbanding Biasa’

Aida (kakak arwah) keluar masuk turun naik Hospital Ampang dan Hospital Seremban untuk buat pengecaman mangsa kemalangan tanpa indentiti tapi tetap tak jumpa. Aida dalam perjalanan balik sepanjang perjalanan memang memandu kereta dengan sangat perlahan sambil memerhatikan di bahu jalan kalau-kalau terjumpa bangkai motor, yang pastinya memang tak jumpa apa-apa.

Hari berganti minggu
Minggu berganti bulan
Selepas empat puluh dua hari
Dua ramadhan
Akhirnya terjawab kehilangannya…

Anggota dari Balai Polis Durian Tunggal datang ke rumah jam 4 petang tadi untuk maklumkan berita penemuan mayat di kilometer 281-282 (anggaran) Highway Nilai – Seremban lebih kurang jam 12 tengahari oleh Peronda Plus. Arwah dibawa ke Hospital Seremban untuk proses bedah siasat. Dijangka Isnin kami akan ke Hospital Seremban untuk menjemput arwah pulang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan terdekat.

.إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونالجنة مثواه

“Al Jannatu Mathwah” “Mudah-mudahan syurga menjadi tempat rehatnya”.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ , وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ , وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ , وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ , وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ , وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، وَأَدْخِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ , وَأَهْلا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ , وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ , وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ , وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَاب النّارِِ

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada kami, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Macau Scam: Pensyarah Dakwa Kerugian Lebih RM100,000 –>

Al-Fatihah

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
‎مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

آمــــــــــــــــــين يا رب العالمين

Ahmad Farid Bin Ahmad Alaudin
011001 – 25042020
2 Ramadhan 1441H

Sumber: Facebook Ain Alaudin