SIAPA PERLU BAYAR CUKAI? INI PENDAPATAN YANG LAYAK KENA CUKAI

INFO – SIAPA PERLU BAYAR CUKAI? INI PENDAPATAN YANG LAYAK KENA CUKAI

Setiap tahun, individu yang mempunyai pendapatan dan layak dikenakan cukai perlu membuat e-filing atau mengisytiharkan cukai individu kepada LHDN.

Bagi yang pertama kali bekerja, atau mereka yang pertama kali menguruskan cukai sendiri, mungkin anda tertanya-tanya adakah anda layak membayar dan mengisytihar cukai tersebut.

Di sini kami kongsikan apakah yang dimaksudkan dengan cukai individu dan siapa sebenarnya yang perlu dikenakan cukai.

Baca Lanjut

PERMOHONAN PENGANJURAN BAZAR RAMADAN 2024M / 1445H MAJLIS BANDARAYA IPOH

INFO – PERMOHONAN PENGANJURAN BAZAR RAMADAN 2024M / 1445H MAJLIS BANDARAYA IPOH

Seperti tahun-tahun yang lalu, Majlis Bandaraya Ipoh akan menganjurkan Bazar Ramadan 2024M / 1445H yang dijangka akan bermula pada pertengahan bulan Mac 2024 nanti. Sebanyak 19 lokasi akan dibuka dengan anggaran sebanyak 1310 petak niaga.

Persatuan Penjaja / Koperasi Peniaga, Jawatankuasa Penduduk atau mana-mana pihak yang berminat boleh mengemukakan permohonan / mendapatkan borang permohonan di Jabatan Pelesenan MBI di Tingkat 5 MBI. Permohonan boleh dibuat mulai 26 Disember 2023 hingga 10 Januari 2024. Senarai lokasi boleh dirujuk melalui iklan tawaran penganjuran Bazar Ramadan 2024 yang akan dikeluarkan mulai 26 Disember 2023 nanti.

Sekiranya sesuatu lokasi tersebut terdapat lebih daripada satu permohonan, MBI akan memilih permohonan yang berjaya berdasarkan kriteria penilaian dan pemilihan penganjur Bazar Ramadan yang diluluskan pada Mesyuarat Tujuan Am 2022 yang lalu.

Baca Lanjut

LAWATAN KERJA KOPUBI KE KOLAM TERNAKAN IKAN & KETAM NIPAH

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 2hb Disember 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan lawatan kali kedua ke Kolam Ternakan Ikan dan Ketam Nipah milik salah seorang Anggota KOPUBI Perak Bhd yang terletak di Lekir, Perak.

Mengetuai lawatan kerja ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman serta diiringi oleh Bendahari Koperasi iaitu En Mohamad Firdaus dan juga seorang Ahli Lembaga Koperasi iaitu En Safuan Othman.

Tujuan utama lawatan kerja kali kedua ini adalah untuk membincangkan sebuah usahasama strategik di antara pihak koperasi dan juga anggota bagi menjalankan sebuah projek pertenakan ikan mahupun ketam nipah yang telah dilaksanakan oleh Anggota Koperasi ini.

Baca Lanjut

eMADANI : CARA PENEBUSAN KREDIT e-WALLET RM100 MULAI 4 DISEMBER

INFO – eMADANI : CARA PENEBUSAN KREDIT e-WALLET RM100 MULAI 4 DISEMBER

Pendaftaran dan tuntutan kredit e-Wallet (eMADANI) akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Negara pada 29 November 2023.

Tawaran e-kredit itu boleh ditebus menerusi empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna.

Baca Lanjut