SEBAR BERITA PALSU KORONAVIRUS: PDRM, MCMC BERI AMARAN TINDAKAN TEGAS

Kredit Photo – Bernama

INFO – SEBAR BERITA PALSU KORONAVIRUS: PDRM, MCMC BERI AMARAN TINDAKAN TEGAS

KUALA LUMPUR, 27 Jan — Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan kandungan, khabar angin atau berita palsu mengenai penularan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV).

Amaran itu dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang menyatakan perbuatan itu boleh menimbulkan kekecohan dan kemudaratan kepada kestabilan negara.

“PDRM dan MCMC mengambil serius akan perbuatan ini dan tidak akan bertoleransi terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu sehingga menyebabkan ketakutan, panik atau kegusaran kepada orang awam,” menurut PDRM dan MCMC dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Baca Lanjut

“HARI INI SAYA TELAH KEHILANGAN ABANG AKIBAT KECUAIAN PEMANDU MABUK.” – ADIK

Kredit Photo : Oh My Media

BERITA KEMALANGAN – “HARI INI SAYA TELAH KEHILANGAN ABANG AKIBAT KECUAIAN PEMANDU MABUK.” – ADIK

Sejak semalam, kisah penunggang motosikal yang maut kerana dilanggar oleh  pemandu Ford Ranger telah tular hingga mendatangkan kemarahan kepada ramai orang.

Hal ini kerana menerusi kenyataan viral di media sosial, mangsa-mangsa kemalangan didakwa telah dilanggar oleh pemandu yang berada  bawah pengaruh alkohol.

Baca Lanjut

NIAT ALIH SERPIHAN TAYAR BERTUKAR TRAGEDI, LELAKI MAUT DIREMPUH LORI

Sebuah lori yang datang dari arah sama gagal mengelak mangsa hingga menyebabkan rakannya itu tercampak. – Foto Astro AWANI

INFO KEMALANGAN – NIAT ALIH SERPIHAN TAYAR BERTUKAR TRAGEDI, LELAKI MAUT DIREMPUH LORI

Hasrat seorang lelaki untuk mengutip serpihan tayar demi keselamatan pengguna jalan raya tidak kesampaian apabila dia maut digilis lori pagi ini.

Niat baik seorang lelaki untuk mengalihkan serpihan tayar demi keselamatan pengguna jalan raya tidak kesampaian apabila dia sebaliknya maut dirempuh sebuah lori pagi tadi.

Kejadian berlaku di Kilometer 453.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah Rawang ke arah Hospital Sungai Buloh kira-kira jam 11 pagi.

Baca Lanjut

HANYA BAHASA MELAYU DIBENARKAN DALAM SEMUA URUSAN RASMI KERAJAAN

Image result for putrajaya"

INFO – HANYA BAHASA MELAYU DIBENARKAN DALAM SEMUA URUSAN RASMI AGENSI, JABATAN DAN KEMENTERIAN DALAM BENTUK TULISAN MAHUPUN LISAN

Akhirnya arahan ini dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan meminta semua agensi, jabatan dan kementerian untuk menggunakan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan dan ia perlu digunakan sepenuhnya dalam segala urusan rasmi.

Perkara ini disahkan oleh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman yang mengharapkan usaha ini mampu untuk memperkasakan lagi bahasa kebangsaan itu dan terus terpelihara.

Baca Lanjut