DUA BERADIK DITEMUKAN LEMAS

TERKINI – DUA BERADIK DITEMUKAN LEMAS

LIPIS 29 Feb. – Dua beradik yang hilang dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Jelai kelmarin ditemukan lemas hari ini.

Mayat mangsa, Siti Nur Hidayah Mohd Rosli,19, dan Siti Suhaida Mohd Rosli, 15, ditemukan berasingan di dua lokasi oleh pasukan penyelamat yang memulakan operasi pada pukul 8 pagi hari ini.

Seorang ditemukan terapung 1.5km dan seorang lagi 3 km dari lokasi kejadian.

Baca Lanjut

COVID-19: KES TERBARU LIBATKAN WANITA RAKYAT MALAYSIA BARU PULANG DARI JEPUN

TERKINI – COVID-19: KES TERBARU LIBATKAN WANITA RAKYAT MALAYSIA BARU PULANG DARI JEPUN

Wabak koronavirus dikesan selepas organisasi itu dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar Wuhan, di wilayah Hubei, China. Pihak berkuasa China pada 7 Januari lalu mengesahkan Koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

Virus itu tidak sepadan dengan virus lain yang diketahui, dan mencetuskan kebimbangan kerana tidak banyak yang diketahui mengenai virus ini seperti tahap bahayanya dan bagaimana kesan jangkitannya terhadap manusia.

Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, terdapat dua (2) kes yang disahkan positif Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) telah pulih sepenuhnya, manakala terdapat satu (1) kes baharu yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.

Baca Lanjut

SAKIT HATI ANAK DIDENDA, IBU BIADAB TERGAMAK ‘DENDA’ USTAZAH MERANGKAK DALAM KELAS

TERKINI – SAKIT HATI ANAK DIDENDA, IBU BIADAB TERGAMAK ‘DENDA’ USTAZAH MERANGKAK DALAM KELAS

Guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri, mengorbankan masa dan tenaga demi melihat kejayaan pelajarnya. Tanpa seorang guru, siapalah kita hari ini. Setuju? Perkongsian kali ini buat kami tergaman apabila maruah seorang guru dipijak-pijak bagai tiada erti.

Rakaman video berdurasi 2 minit ini menimbulkan pelbagai respon orang ramai yang rata-ratanya terkejut dengan tindakan seorang ibu yang dilihat menyuruh seorang ustazah merangkak gara-gara anaknya didenda.


Di dalam video tersebut, ibu tersebut dipercayai datang ke sekolah dan meminta ustazah itu merangkak mengelilingi kelas sambil disaksikan murid, sebagai hukuman kerana mendenda anaknya. Menurutnya, anaknya trauma tidak mahu hadir ke sekolah gara-gara didenda oleh ustazah tersebut. Malah, dakwanya lagi anak itu cedera tidak dapat mengambil air wuduk kerana kesakitan.

Baca Lanjut

REMAJA PEREMPUAN 18 TAHUN MATI DIPUKUL OLEH ABANG ANGKAT DI IPOH

TERKINI – REMAJA PEREMPUAN 18 TAHUN MATI DIPUKUL OLEH ABANG ANGKAT DI IPOH

IPOH – Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun mati dipukul oleh abang angkatnya dipercayai dengan sebatang penukul di rumah mangsa di Persiaran Pengkalan Timur, Taman Desa Pakatan, di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A. Asmadi Abd Aziz berkata, mangsa, Siti Sufiah Halim Ong ditemui meninggal dunia ketika ibunya mahu mengejutkan anaknya kira-kira jam 7.30 pagi Sabtu.

Memetik Bernama, menurut beliau, polis telah menahan suspek berusia 24 tahun dan merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu ketidakupayaan dalam masalah pembelajaran.

Baca Lanjut