BAYI SEMBILAN BULAN MAUT TERTINGGAL DALAM KERETA

Kredit Photo – Bernama

TERKINI – BAYI SEMBILAN BULAN MAUT TERTINGGAL DALAM KERETA

KUANTAN, 17 Feb  — Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan maut, dipercayai selepas bapanya terlupa mangsa berada dalam kereta semasa keluar bekerja di Kompleks Tun Abdul Razak di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mangsa ditemukan bapanya yang berusia 38 tahun dalam keadaan terbaring di kerusi bayi di tempat duduk belakang kereta semasa hendak keluar makan tengah hari. 

Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik (semuanya perempuan), iaitu berusia enam dan 10 tahun dipercayai telah berada dalam kereta jenis Perodua Alza dari 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Baca Lanjut

LELAKI MENINGGAL DUNIA KETIKA BERZIKIR SELEPAS SOLAT SUBUH

TERKINI – LELAKI MENINGGAL DUNIA KETIKA BERZIKIR SELEPAS SOLAT SUBUH

Seorang lelaki meninggal dunia selepas selesai mengerjakan solat Subuh secara berjemaah di Surau Raudhatul Firdaus, Taman Kerjasama, Kluang awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa bersama jemaah lain termasuk sekumpulan pelajar tahfiz sedang berzikir sebelum dia tiba-tiba mengalami sesak nafas.

Saksi, Ustaz Muhd Abd Rahman berkata, arwah sempat mengurut dadanya beberapa kali lalu rebah.

Baca Lanjut

PELAWAK ABAM BOCEY MENINGGAL DUNIA

TERKINI – PELAWAK ABAM BOCEY MENINGGAL DUNIA

Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

Pelawak popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin.

Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

Baca Lanjut

SEORANG LAGI PESAKIT KORONAVIRUS SEMBUH, DIBENAR KELUAR HOSPITAL

Sumber Malaysiakini Memetik – Di peringkat awal rawatan di Hospital Permai Johor Bahru, keadaan warga China berusia 40 tahun itu tenat sehingga memerlukan bantuan oksigen.

TERKINI – SEORANG LAGI PESAKIT KORONAVIRUS SEMBUH, DIBENAR KELUAR HOSPITAL

Kementerian Kesihatan memaklumkan pesakit kedua positif novel koronavirus (2019-nCoV) yang telah sembuh dan dibenarkan pulang.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, pesakit itu iaitu lelaki warga China berusia 40 tahun dibenarkan keluar dari Hospital Permai Johor Bahru setelah ujian ulangan yang dijalankan sebanyak tiga kali ke atasnya menunjukkan keputusan negatif.

Menurut Noor Hisham, lelaki itu dimasukkan ke wad pengasingan hospital itu pada 24 Januari lalu selepas mengalami demam panas dan radang paru-paru, dan keadaannya bertambah tenat pada hari kedua sehingga memerlukan bantuan oksigen.

Baca Lanjut