NURSAHIRA DIDENDA RM10,000, PENJARA 3 BULAN

TERKINI – NURSAHIRA DIDENDA RM10,000, PENJARA 3 BULAN

MAHKAMAH Sesyen Alor Setar, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara tiga bulan ke atas seorang pembantu kedai atas kesalahan mengeluarkan komunikasi jelik pada 27 Mac lalu.

Tertuduh, Nursahira Mohd Mizuar, 20, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mengikut kertas pertuduhan, Nursahira melalui Facebook secara sedar membuat dan memulakan komunikasi jelik dengan niat menganiaya orang lain di sebuah rumah di Persiaran Kiara Mas, Pendang, pada jam 10.12 malam, 27 Mac lalu.

Baca Lanjut

JASA BANDUAN PENJARA PENOR, PEJUANG BARISAN HADAPAN YANG TAK DIDENDANG

KISAH KEHIDUPAN – JASA BANDUAN PENJARA PENOR, PEJUANG BARISAN HADAPAN YANG TAK DIDENDANG

KUANTAN, 30 Mac — Bengkel jahitan Penjara Penor di sini, hanya ‘mengendalikan’ tempahan paling penting buat masa ini, iaitu peralatan perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan petugas kesihatan yang mengendalikan pesakit COVID-19.

Bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang setiap hari, seramai 18 banduan yang ditempatkan di bengkel itu akan bertungkus-lumus mengukur, memotong dan menjahit PPE yang diperbuat daripada material khas berwarna biru.

Pengarah Penjara Penor Datuk Abu Hasan Hussain berkata mereka menerima 2,000 meter material berkenaan bagi menghasilkan PPE yang memerlukan lima meter bagi sepasang PPE ‘dari hujung kepala ke hujung kaki’.

Baca Lanjut

COVID-19 : TAHNIAH KKM, 479 PESAKIT TELAH SEMBUH!

COVID-19 : TAHNIAH KKM, 479 PESAKIT TELAH SEMBUH!

Alhamdulillah, hari ini telah dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bahawa seramai 479 orang pesakit Covid-19 di Negara ini.

Ini adalah satu berita gembira bagi seluruh rakyat Malaysia dan memberi semangat serta harapan yang baharu kepada segenap masyarat di Negara ini.

Rata-rata rakyat Malaysia menyambut baik perkembangan terkini dan memberi respon serta komen yang membina di laman facebook Kementerian Kesihatan Malaysia sebentar tadi.

Baca Lanjut

LELAKI MAUT DITIKAM, IBU TUNGGAL DIROGOL

ANGGOTA polis mengangkat mangsa yang maut ditikam. Gambar – Harian Metro

JENAYAH – LELAKI MAUT DITIKAM, IBU TUNGGAL DIROGOL

LELAKI maut ditikam, manakala dua lagi cedera termasuk seorang wanita dipercayai dirogol individu dikenali dalam kejadian di Kampung Mujur, Jelawat, Bachok, hari ini.

Dalam kejadian pada 7 pagi itu, suspek dikatakan memecah masuk rumah ibu tunggal berusia 40-an sebelum dipercayai merogol mangsa yang tidur di dalam sebuah bilik.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner, Abdullah Mohammad Piah berkata, mangsa yang mempunyai lima anak memaklumkan suspek berusia 19 tahun meletakkan pisau di tengkuk mangsa sebelum merogolnya.

Baca Lanjut