COVID-19 : TAHNIAH KKM, 479 PESAKIT TELAH SEMBUH!
Alhamdulillah, hari ini telah dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bahawa seramai 479 orang pesakit Covid-19 di Negara ini.
Ini adalah satu berita gembira bagi seluruh rakyat Malaysia dan memberi semangat serta harapan yang baharu kepada segenap masyarat di Negara ini.
Rata-rata rakyat Malaysia menyambut baik perkembangan terkini dan memberi respon serta komen yang membina di laman facebook Kementerian Kesihatan Malaysia sebentar tadi.
Covid-19: KKM Jangka Peningkatan Kes Mendadak Pada Pertengahan April –>
Lontaran di facebook Kementerian Kesihatan Malaysia itu telah mendapat respon hampir 50,000 orang yang menekan butang ‘likes’, komen dan juga ‘share’.
Pada sidang media petang tadi juga, Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan status terkini situasi Penularan Pandemik Covid-19 di negara kita mutahir ini.
Sehingga 30 Mac 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 156 kes baharu yang telah dilaporkan.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,626 kes.
Terdapat pertambahan tiga (3) lagi kes kematian, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 37 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia
Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
SEMOGA NEGARA KITA TERUS DILINDUNGI OLEHNYA SERTA DIBERI KESEJAHTERAAN YANG BAIK.
Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya barisan hadapan! Kami selalu doakan keselamatan dan kesihatan anda semua.
Insyallah..
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
KOMEN TERKINI