PERJUMPAAN BERSAMA TEAM MYANGKASA AMANAH BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 16hb April 2025 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Perjumpaan Bersama Team MyANGKASA Amanah Bhd anjuran KOPUBI Perak Bhd bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd.

Station 18, Ipoh Perak. Tujuan perjumpaan adalah untuk membincangkan aktiviti Perkhidmatan Penulisan Wasiat, Hibah dan juga Pengurusan Harta Pusaka yang ditawarkan oleh KOPUBI Perak Bhd kepada Anggota dan juga Masyarakat Umum.

Untuk makluman, ini adalah perjumpaan keempat bagi tahun 2025 melibatkan Pengurus Kumpulan dan Pengurus Pemasaran KOPUBI Perak Bhd bagi melaksanakan usahsama strategik sebagai Rakan Niaga Premium Koperasi dengan kerjasama anak syarikat ANGKASA iaitu MyAngkasa Amanah Bhd.

Baca Lanjut

TAKLIMAT PENGURUSAN HARTA PUSAKA, HIBAH DAN WASIAT

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 26hb Mac 2025 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya sebuah sesi Taklimat berkaitan Pengurusan Harta Pusaka, Hibah Dan Wasiat kepada guru-guru dan kakitangan di salah sebuah Sekolah di Ipoh Perak.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Pengurus Pemasaran KOPUBI Perak Bhd yang berpengalaman dalam bidang pengurusan harta pusaka, hibah, dan wasiat dan kami yakin bahawa maklumat yang telah disampaikan ini akan mampu memberi manfaat besar kepada guru-guru dan kakitangan sekolah tersebut.

Baca Lanjut

TAKLIMAT KERJAYA KOPUBI PERAK BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

 Alhamdulillah, KOPUBI Perak Bhd terus komited dalam membuka peluang keusahawanan melalui Taklimat Kerjaya yang telah dijalankan secara berkala kepada bakal usahawan yang berminat untuk menjana pendapatan dalam bidang pengurusan harta pusaka, hibah dan wasiat.

Pada 23hb Mac 2025 yang lalu, satu lagi sesi taklimat telah berjaya diadakan bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd.

Taklimat ini diadakan secara PERCUMA sebagai satu inisiatif untuk memberikan pendedahan kepada bakal usahawan tentang potensi besar dalam industri ini.

Baca Lanjut

TAKLIMAT PENGURUSAN HARTA PUSAKA, HIBAH DAN WASIAT

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 22hb Mac 2025 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya sebuah sesi Taklimat berkaitan Pengurusan Harta Pusaka, Hibah Dan Wasiat kepada guru-guru dan kakitangan di salah sebuah Sekolah di Ipoh Perak.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Pengurus Pemasaran KOPUBI Perak Bhd yang berpengalaman dalam bidang pengurusan harta pusaka, hibah, dan wasiat dan kami yakin bahawa maklumat yang telah disampaikan ini akan mampu memberi manfaat besar kepada guru-guru dan kakitangan sekolah tersebut.

Taklimat ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan pemahaman berkenaan kepentingan pengurusan harta pusaka yang teratur disamping memberi pendedahan mengenai kaedah hibah dan wasiat sebagai langkah perancangan kewangan keluarga serta pewarisan.

Baca Lanjut