MESYUARAT JAWATANKUASA JURUAUDIT DALAMAN

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 15 Julai 2025 (Selasa) yang lalu, Koperasi Pembangunan Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI Perak Bhd.) telah mengadakan satu Mesyuarat Jawatankuasa Juruaudit Dalaman bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd., Station 18, Ipoh, Perak.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Jamaliah binti Md Yatim selaku Ketua Juruaudit Dalaman KOPUBI Perak Bhd.

Turut hadir ialah Puan Zuraida binti Zulkepli, Penolong Setiausaha Koperasi serta ahli-ahli Jawatankuasa Juruaudit Dalaman iaitu Puan Nor Azlina binti Omar dan Cik Safirah Nurafiqah binti Safaruddin.

Baca Lanjut

TAKLIMAT KERJAYA KOPUBI PERAK BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

𝗧𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗢𝗣𝗨𝗕𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗕𝗛𝗗!

Alhamdulillah, KOPUBI Perak Bhd terus komited dalam membuka peluang keusahawanan melalui Taklimat Kerjaya yang telah dijalankan secara berkala kepada bakal usahawan yang berminat untuk menjana pendapatan dalam bidang pengurusan harta pusaka, hibah dan wasiat.

Pada 13hb Julai 2025 yang lalu, satu lagi sesi taklimat telah berjaya diadakan bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd.

Baca Lanjut

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-39 (MAPA 2025)

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini, pada 5 Julai 2025, gerakan koperasi tanah air telah mencatat satu lagi sejarah penting dengan berlangsungnya Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA ke-39 (MAPA 2025) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Mesyuarat tahunan ini bukan sahaja merupakan medan tertinggi membuat keputusan dalam struktur pentadbiran ANGKASA, malah menjadi platform penting untuk menilai prestasi, merancang halatuju dan menyatukan suara koperasi di seluruh negara.

KOPUBI Perak Bhd meneruskan komitmennya dalam menyokong pembangunan gerakan koperasi apabila diwakili oleh Pengerusinya, En. Sharul Baha bin Abd Rahman dalam MAPA kali ini.

Baca Lanjut

KELAS TEKNIKAL TEAM MAAB – KOPUBI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Satu sesi Kelas Teknikal Team MAAB – KOPUBI Perak Bhd telah diadakan pada Khamis, 3 Julai 2025 yang lalu, bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd, Station 18, Ipoh.

Sesi ini telah bermula tepat jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari, dengan penyertaan dari kalangan tenaga utama KOPUBI seperti Pengurus Kumpulan, Pengurus Pemasaran, dan wakil Pemasaran MAAB Team KOPUBI.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada En Sharul Baha bin Abd Rahman, selaku Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd, yang turut menekankan kepentingan pembangunan kapasiti dan kefahaman teknikal dalam mendepani keperluan pasaran semasa, khususnya dalam bidang perancangan harta dan pewarisan.

Baca Lanjut