CARA DAN PANDUAN PENGGUNAAN APLIKASI MUDAH ALIH GERAK MALAYSIA

INFO – CARA DAN PANDUAN PENGGUNAAN APLIKASI MUDAH ALIH GERAK MALAYSIA

Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 dan telah dilanjutkan sehingga 28 April 2020 berikutan penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh Malaysia dan serata dunia.

Arahan ini bersesuaian dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mengekang daripada coronavirus ini merebak dan menjangkiti orang ramai. Selaras itu, Gerak Malaysia iaitu aplikasi pergerakan rentas negeri telah diperkenalkan bagi memantau pergerakan rakyat Malaysia.

Sidang Media Majlis Keselamatan Negara oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 April 2020 beliau berkata, orang ramai yang terperangkap di rumah semasa pulang ke kampung dan kini berada di Kampung halaman, mereka yang berkeinginan untuk pulang ke ibu kota boleh mendaftar diri melalui aplikasi Gerak Malaysia (telefon pintar) mulai 26 April 2020.

Baca Lanjut