INSPIRASI OKU – CACAT KEDUA-DUA TANGAN BUKAN PENGHALANG
Seorang pemuda berkongsi sebuah kisah inspirasi di laman Facebook mengenai seorang penghantar makanan GrabFood yang menghantar pesanan minuman di hadapan rumahnya.
Menurut Edmund Gan disebabkan ‘musim’ Covid-19, beliau meminta ‘rider’ tersebut meletakkan sahaja minuman itu berdekatan pagar rumah sebelum keluar mengambilnya.
Walau bagaimanapun, tiba-tiba penghantar makanan berkenaan memanggil memohon bantuan dan alangkah terkejutnya pemuda berbangsa Cina itu apabila melihat ‘rider’ tersebut kudung kedua-dua tangan.
INSPIRASI OKU: Wanita OKU Sumbang Ppe Yang Telah Disiapkan Kepada Hospital Teluk Intan
Selepas melihat dengan mata sendiri, beliau sedar itulah sebabnya ‘rider’ tersebut meminta pertolongan bagi mengeluarkan minuman dari beg GrabFood berkenaan.
Tambah Edmund, beliau kagum dengan kesungguhan dan kecekalan ‘rider’ itu yang berusaha sendiri dalam mencari rezeki walaupun mengalami kecacatan fizikal akibat kemalangan sewaktu kecil.
Sumber: Edmund Gan, Borak Daily
KOMEN TERKINI