BISNES – BIODATA DATUK FAROZ, PEMILIK GEDUNG TEKSTIL TERKEMUKA JAKEL
Biodata Datuk Faroz Jakel | Siapa yang tidak mengenali usahawan hebat tempatan bernama Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel atau lebih mesra disapa Datuk Faroz ini. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) merangkap pemilik kepada gedung tekstil terkemuka tanah air, Jakel.
Selepas ayahnya meninggal dunia pada tahun 2009, anak jati Johor ini mula mengambil alih perniagaan sambil dibantu oleh adik-adiknya yang lain. Dengan kewibawaannya sebagai pemimpin, pelbagai kejayaan telah dilakar oleh Jakel di dalam dan di luar negara.
Antaranya, Anugerah Jenama Antarabangsa Terbaik di The 7th Middle East Business Leaders Awards 2016, Gedung Tekstil Terbesar Di Dunia 2016 oleh Yayasan Jenama Terbaik serta Anugerah Penjenamaan Korporat di Anugerah The BrandLaureate – Jenama Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) 2014.
KISAH KEJAYAAN: Pernah Jadi Anak Didik Dr Fadzilah Kamsah, Ebit Lew Kongsi Perjalanan Hidup Sebagai Penceramah
Kejayaannya dalam dunia bisnes sedikit sebanyak memberi inspirasi dan motivasi kepada golongan usahawan muda untuk berjaya.
Untuk info, Jakel yang ditubuhkan pada tahun 1985 kini mempunyai lebih daripada 20 cawangan di seluruh negara dengan lebih 5,000 kakitangan. Gedung ini menawarkan pelbagai jenis fabrik berkualiti tinggi dari luar negara dengan variasi warna, corak serta rekaan yang menarik dan harga yang murah dan sangat berpatutan. Selain tekstil, Jakel juga menjual langsir, pakaian formal, pakaian kasual, set pakaian pengantin, karpet, tikar getah dan banyak lagi.
BIODATA DATUK FAROZ
- Nama Penuh: Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel
- Nama Panggilan: Datuk Faroz
- Tarikh Lahir: 1972
- Umur: 45 Tahun (2017)
- Keluarga: Anak sulung daripada 12 adik-beradik
- Asal: Muar, Johor
- Status: Berkahwin
- Nama Isteri: Datin Farah Haryani Muhammad Philip
- Nama Anak: Shierryn Badrisyea dan Muhammad Farhan (2 orang anak)
- Agama: Islam
- Bangsa: Melayu
- Warganegara: Malaysia
- Kerjaya: Ahli Perniagaan
- Laman Web: www.jakel.my dan www.jakelonline.my
- Facebook: facebook.com/GedungTekstilJakel
- Instagram: instagram.com/jakeltextile
Bermula Dengan Produk Tenusu, Farm Fresh Kini Jual Daging Segar Premium Di AEON –>
TRIVIA MENARIK DATUK FAROZ
- Mempunyai darah campuran Melayu-India.
- Membantu menguruskan perniagaan Jakel sejak berusia belasan tahun lagi.
- Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan atau doktor.
- Atas sumbangan beliau terhadap masyarakat dan dunia perniagaan, usahawan hebat ini telah dianugerahkan Pingat Jaksa Negara yang membawa gelaran ‘Datuk’ bersempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2013.
- Beliau turut menerima anugerah sebagai Pemimpin Berwawasan 2016 di The 7th Middle East Business Leaders Awards 2016 dan Ikon Perniagaan Tahunan pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan 2014.
- Seorang yang suka bersedekah dan mengeluarkan zakat.
- Pertama kali bertemu dan berkenalan dengan isterinya di kedai kain Jakel di Segamat, Johor.
- Isterinya adalah seorang usahawan tudung Aryani dan berperanan sebagai Pengarah Pemasaran Ariani Textiles Manufacturing Sdn Bhd serta bertanggungjawab merencanakan strategi pemasaran produk untuk Galeri Ariani dan Ariawi RTW.
KISAH PERNIAGAAN JAKEL
Diasaskan oleh Mohamed Jakel bin Ahmad pada Januari 1983 di Muar, Johor, siapa yang dapat menyangka bahawa perniagaan kecil-kecilan berasaskan tikar getah, karpet dan langsir, akhirnya menjadikan jenama Jakel sebagai antara peneraju utama industri tekstil di Malaysia.
Menyedari potensi besar pembukaan tanah rancangan Felda yang baru di sekitar Segamat dan Pahang, Mohamed Jakel mengambil tindakan drastik dengan memindahkan syarikatnya ke Segamat pada tahun 1985.
Sambutan menggalakkan untuk tiga produk utama itu akhirnya membantu mengembangkan perniagaan Jakel dan bertitik tolak dari situ, produk jualannya dipelbagaikan kepada kain pula.
Bermula Sebagai Seorang Suri Rumah, Kini Pemilik Empayar Telekung Terkemuka Siti Khadijah –>
Selepas pemergian pengasas Jakel, perniagaan itu diwarisi anaknya Mohamed Faroz Mohamed Jakel, dan adik beradik beliau yang lain. Mohamed Faroz yang juga Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel terpaksa menguburkan hasratnya ketika kecil untuk menjadi seorang akauntan dan doktor.
Beliau akur dengan hasrat bapanya untuk membantu menguruskan perniagaan Jakel. Namun, keupayaan beliau bmembuat urusan jual-beli dan mampu menyumbang jualan memberangsangkan kepada syarikat sewaktu awal pembabitannya dalam dunia perniagaan nyata mendapat pujian daripada bapanya.
Berkat sokongan moral daripada bapanya, lama-kelamaan timbul naluri di hati beliau untuk terus bergelar ahli korporat berjaya.
Umum ramai tidak mengetahui bahawa jenama Jakel ini adalah syarikat Melayu dan dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera. Menariknya lagi, Jakel sepatutnya disebut ‘Jakil’ seperti di Johor tetapi orang Kuala Lumpur lebih selesa menyebut ‘Jaykel’, dan sebutan itu terus melekat hingga ke hari ini.
Rahsia Wanita Berpurdah Ini Jadi Jutawan Pada Umur 23 Tahun –>
Jakel telah berjaya mengubah persepsi masyarakat Bumiputera, khususnya dalam perniagaan tekstil yang dahulunya dimonopoli oleh bangsa asing. Tetapi kini Jakel yang diterajui oleh Bumiputera membuktikan Jakel mampu bersaing di persada industri tekstil tempatan.
Bukan itu sahaja, Jakel juga telah diberi kepercayaan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) untuk menjadi Mentor Prosper Usahawan Bumiputera dalam bidang tekstil bagi memberi latihan dan tunjuk ajar kepada usahawan-usahawan Bumiputera yang berminat dalam industri ini pada tahun 2004.
Jakel terus berkembang baik sekitar awal tahun 90-an, namun masalah mula timbul apabila krisis kewangan berlaku pada 1997. Ketika itu Jakel mengambil bekalan dari Kuala Lumpur dan Singapura, tetapi akibat krisis tersebut mereka tidak dapat memberikan bekalan sehingga Malaysia mengalami masalah kekurangan kain.
Namun, masalah itu dapat ditangani dengan bijak apabila Jakel mula mengimport sendiri bekalan tekstil bermula tahun 1998. Jakel terus mengambil langkah berani dengan seterusnya membeli panggung Rex di Segamat bernilai RM1.6 juta daripada Shaw Brothers untuk dijadikan gudang.
Tidak berhenti di situ sahaja, Jakel kemudiannya mengambil keputusan merobohkan panggung Rex dan mendirikan bangunan baru di atas tapak panggung tersebut dan gedung jualan di Segamat telah dibuka pada 2002 khusus bagi pelanggan-pelanggan setianya dan ini menjadikan Segamat sebagai ‘syurga kain’.
Cawangan pertama Jakel telah dibuka di Tampoi Indah, Johor Bahru diikuti cawangan kedua di Kota Bharu, Kelantan. Jakel hanya bermula secara kecil-kecilan, namun kini syarikat itu berbangga mempunyai 19 cawangan yang telah dijenama semula di bawah nama Jakel berbanding pelbagai nama berbeza sebelumnya.
Wisma Jakel seluas 7 pintu dan 6 tingkat di Jalan Masjid India serta pembukaan Jakel Shah Alam dengan keluasan 80, 000 kaki persegi setinggi 6 tingkat dan 5 pintu menjadi tanda aras kepada kejayaan Jakel sebagai pelopor tekstil Bumiputera di Malaysia.
Kejayaan demi kejayaan yang dicatatkan Jakel akhirnya diperakui oleh Malaysia Book of Recods sebagai Gedung Jualan Tekstil Terbesar negara. Di samping itu Jakel turut menerima anugerah Syarikat Tekstil Terbaik dalam Anugerah Perniagaan UDC 2011.
Kejayaan Mohamed Faroz dan Jakel juga banyak bergantung kepada nasihat arwah bapanya yang menerapkan disiplin tinggi di kalangan anak-anaknya. Bapanya selalu berpesan agar sentiasa amanah sama ada kepada diri sendiri mahupun dalam jual beli.
Rahsia Kejayaan ‘Sakan’ Yang Berpengkalan Di Kuala Kangsar, Perak –>
Sebagai majikan, beliau perlu datang sebelum pekerja lain tiba. Ini akan memberi semangat kepada pekerja supaya datang tepat pada waktunya. Selain itu, bapanya juga menekankan bahawa perkhidmatan dan layanan terbaik kepada pelanggan perlu diutamakan dalam menjaga keyakinan mereka di samping mengetahui kehendak pembeli yang sentiasa mahu mengikuti selera pasaran terkini.
Bagi terus memenuhi citarasa pelanggannya, Jakel melalui anak syarikatnya, Ariani telah mencipta fenomena bagi revolusi tudung muslimah pada tahun 2009 yang telah mengubah trend hijab semasa sehingga menjadi ikutan banyak syarikat lain.
Jakel juga tidak lupa akan tanggungjawab sosialnya kepada para pekerja dan juga masyarakat. Tanggungjawab itu dijalankan dengan mengadakan majlis-majlis meraikan anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan warga emas khususnya pada bulan Ramadan.
Jakel turut mengadakan sambutan ulang tahun penubuhannya pada setiap tahun untuk merapatkan hubungan antara pekerja dan majikan serta memberi bonus setimpal dengan usaha mereka yang telah bekerja keras sepanjang tahun. Selain strategi pemasaran yang berkesan, kunci utama kejayaan Jakel adalah disebabkan amalan menyucikan harta dengan berzakat serta bersedekah.
Selain itu, menjadi amalan di Jakel sebelum kedai dibuka pada setiap hari, bacaan doa akan dilakukan bagi memberkati hari yang bakal dilalui, manakala pada setiap hari Jumaat pula, semua kakitangan masuk sejam lebih awal untuk bacaan Surah Yassin, dan tazkirah bagi menaikkan semangat dan memberi motivasi kepada pekerja.
Sumber: Azhan.Co, Usahawan.Com
KOMEN TERKINI