TERKINI – BONCENG MAYAT TEMAN WANITA SEJAUH 15 KILOMETER
ROMPIN: Tindakan sepasang remaja bersiar-siar dengan motosikal ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa, berakhir tragedi apabila motosikal dinaiki mereka bertembung kerbau, menyebabkan seorang gadis terbunuh awal pagi ini.
Dalam ketakutan melihat teman wanitanya meninggal dunia di lokasi nahas itu, remaja lelaki terbabit membawa mayat mangsa dengan motosikal sebelum ditinggalkan di bawah garaj rumah keluarga gadis terbabit di FELDA Keratong 10 dekat Muadzam Shah di sini.
Suspek berusia 17 tahun itu, dikatakan membawa mayat mangsa yang meninggal dunia akibat cedera parah di kepala itu sejauh 15 kilometer, selepas mereka terbabit kemalangan dengan kerbau berkenaan di hadapan kilang sawit FELDA Keratong 3, kira-kira jam 3.30 pagi.
TERKINI: Remaja ‘Hantar’ Pulang Mayat Kekasih Direman Empat Hari
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azari Miskun, berkata siasatan mendapati suspek bersama mangsa berusia 17 tahun itu, keluar bersiar-siar dengan motosikal jenis Yamaha LC berwarna biru.
“Bagaimanapun sampai di tempat kejadian, motosikal yang dinaiki mereka bertembung seekor kerbau yang dikatakan baring di tengah jalan.
“Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan peha serta berada dalam keadaan tidak sedar selepas kejadian,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Azari berkata, suspek kemudian bertindak membawa mangsa dengan motosikal sama ke rumah remaja perempuan terbabit di FELDA Keratong 5, sebelum ditinggalkan di bawah garaj di situ.
Doktor, Bayi Dikebumikan Dalam Satu Liang –>
“Suspek tidak memaklumkan kepada keluarga mangsa berkaitan kemalangan terbabit, sebaliknya terus beredar dari rumah berkenaan dipercayai kerana terlalu takut.
“Kira-kira jam 10 pagi ini, datuk mangsa yang sedang meletakkan kenderaan di garaj berkenaan menemui mayat cucunya yang dibungkus dengan kain, sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, mangsa yang juga anak sulung daripada empat beradik dan siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata.
“Polis sudah menahan remaja lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut dan kita turut merampas motosikal Yamaha 135 LC berkenaan.
“Mayat mangsa juga sudah dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat,” katanya.
Kemalangan Melibatkan Van Hospital, Seorang Doktor Dan Bayinya Meninggal Dunia –>
Sumber: BH Online, Buletin Utama
KOMEN TERKINI