SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DI ATAS PELANTIKKAN SEBAGAI PRESIDEN PPOC PERAK

SELURUH ANGGOTA KABINET KUMPULAN PUBI DAN AHLI DI BAWAH NAUNGAN MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA EN. SHARUL BAHA BIN ABD RAHMAN.

Di atas pelantikkan sebagai Presiden Persatuan Pemulihan Orang Cacat Perak bagi tahun 2020. Selamat menjalankan tugas dan semoga dapat menjalankan amanah dengan penuh bertanggungjawab.

Diharapkan Persatuan Pemulihan Orang Cacat Perak – PPOC Perak akan bertambah maju dan berjaya di bawah pimpinan tuan presiden terutamanya di dalam usaha membela nasib orang-orang kelainan upaya serta menjaga kebajikan mereka. Insyallah..

Ikhlas Daripada,
Seluruh Anggota Kabinet dan Ahli di bawah naungan Kumpulan PUBI

FB PAGE PUBI PERAK KINI MENCECAH LEBIH 14,000 LIKES

TERKINI – BERKAT USAHA GIGIH DAN SOKONGAN PADU, FB PAGE PUBI PERAK KINI MENCECAH LEBIH 14,000 LIKES

Hari ini dalam sejarah, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak paling aktif di Bandaraya Ipoh telah mempunyai lebih 14,000 likes dan followers di laman sosial facebook.

Bermula dari 0 likes kira-kira 4 tahun yang lalu kini sudah berada pada tahap yang boleh dibanggakan. Tahniah kepada AJK PUBI Perak yang berusaha gigih untuk mempromosi FB Page ini kepada semua warga Netizen khususnya di Bandaya Ipoh.

Semoga PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak paling aktif di Bandaraya Ipoh terus maju dan mengorak langkah dengan lebih bergaya pada masa hadapan.

Insyallah..

Terima kasih di atas sokongan dan perhatian anda semua!

Barisan Ahli Jawatankuasa PUBI Perak Sesi 2019 – 2022

PERNAH BUKA 30 STESEN SHELL DI INDIA, INI KISAH ‘BIG BOSS SHELL’ YANG RAMAI TIDAK TAHU

KISAH KEJAYAAN – PERNAH BUKA 30 STESEN SHELL DI INDIA, INI KISAH ‘BIG BOSS SHELL’ YANG RAMAI TIDAK TAHU

Semalam tular ‘big boss’ Shell Malaysia yang dilaporkan turun padang bagi bertemu sendiri dengan pelajar yang dirakam memakai baju Shell ketika hadir mengambil keputusan SPM baru-baru ini.

Mungkin ramai yang masih tidak tahu ‘big boss’ Shell atau nama sebenarnya Shairan Huzani Husain itu adalah merupakan Pengarah Urusan Shell Malaysia sejak daripada 2016.

Dalam satu perkongsian Careta.my walaupun baru menjawat jawatan tinggi itu lima tahun yang lalu, dia bagaimanapun sudah bekerja dengan Shell sejak tahun 1993 lagi.

Baca Lanjut

IBU KEPADA NURUL SHAFINA TELAH PERGI SELAMANYA

TERKINI – IBU KEPADA NURUL SHAFINA TELAH PERGI SELAMANYA

” Emak sudah tiada, pesakit kanser lidah telah meninggal pada pagi jumaat.” Ibu kepada Nurul Shafina yang menghidap kanser lidah tahap 4 meninggal dunia pagi ini.

Melalui facebook Reezal Merican Naina Merican dia memuat naik berita pilu mengenai permergian ibu kepad Nurul Shafina pagi ini melalui laman facebooknya dengan caption.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga rohnya dicucuri rahmat serta tergolong di dalam golongan orang-orang yang beriman..

Baca Lanjut