PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 08hb Februari 2020 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak melalui Jawatankuasa Pembangunan Usahawan (JKPU) PUBI Perak telah menganjurkan sebuah program yang sangat bermanfaat iaitu Bengkel Teknik Pemasaran Facebook.

Kami sangat memahami kepentingan pemasaran di kalangan usahawan dan bakal usahawan yang ingin meningkatkan jualan serta mengembangkan perniagaan masing-masing di dalam dunia perniagaan yang kian mencabar masa kini.

Sekiranya kita gagal menambah ilmu serta gagal memahami perubahan semasa di dalam bidang pemasaran, kita berkemugkinan besar akan mengalami kegagalan yang akan mengakibatkan kerugian besar termasuklah wang ringgit, tenaga dan masa kita yang sangat berharga.

Alhamdulillah, bengkel yang berlangsung ini telah mendapat sambutan yang menggalakan di mana 12 peserta yang komited telah menghadiri bengkel ini.

Dengan nilai pelaburan wang ringgit serendah RM80, para peserta yang hadir telah mendapat pulangan pelaburan dalam bentuk manfaat dan kebaikan serta akan memberi impak kepada perniagaan masing-masing.

Untuk makluman semua, modul bengkel ini akan dikendalikan oleh eUsahawan Certified Trainer (MDEC) yang diiktiraf dan bertauliah.

Antara topik-topik yang telah diajar kepada peserta di sepanjang bengkel ini adalah;

  1. Taknik Copywriting (Ayat Iklan)
  2. Facebook Page
  3. Facebook Ads (Iklan berbayar)

Diharapkan bengkel yang dianjurkan ini akan memberi manfaat kepada para peserta yang hadir serta akan memberi impak kepada perniagaan masing-masing.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Insyallah

Nor Zarina Binti Zamzuri
Bendari Kehormat merangkap Ahli Mesyuarat JK Pembangunan Usahawan PUBI Perak