
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Terkini pada 20hb Oktober 2019 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah menganjurkan sebuah program yang sangat bermanfaat iaitu Bengkel Bijak Urus Harta Hibah / Faraidh / Wasiat. Kelas ini diadakan bagi membantu usahawan di dalam meningkatkan pemahaman dan ilmu pengetahuan peserta yang hadir terutama di dalam bidang yang dimaksudkan.
Bengkel yang julung kali diadakan ini telah dikendalikan oleh sebuah Firma yang telah ditauliahkan Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak sebagai Panel Penyedia Perkhidmatan Hibah Negeri Perak.
Melalui bengkel ini penceramah telah berkongsi topik-topik penting berkaitan isu-isu Pentadbiran dan Pengurusan Harta Islam dan solusi-solusi yang dapat menyelesaikan permasalahan agar harta pusaka umat Islam yang terbeku lebih RM70billion (2016) tidak meningkat pada masa akan datang, sekaligus memberi pilihan penyelesaiannya.
Antara topik-topik yang telah dikongsikan oleh penceramah bengkel ini adalah seperti Definisi Penama kepada Orang Islam, Punca kelewatan Pembahagian Pusaka, Kesan Kelewatan Pembahagian Pusaka, Peranan Pemilik Harta dan Waris-Waris serta Perkara-perkara Asas Pembahagian Faraidh.
Penceramah turut berkongsi Proses Pentadbiran Pusaka di PPK & Mahkamah, Pengertian Wasiat Islam, Pengertian Hibah & Hibah Bersyarat
Turut dikongsikan kepada para peserta yang hadir adalah topik berkaitan Hibah Hartanah, Saham Syarikat dan Harta Alih serta Hibah dibawah Akta IFSA termasuk Solusi Penyelesaian kepada Usahawanita
Di dalam Bengkel ini juga akan di susuli dengan slot daripada Perunding Zakat Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak yang akan mengendalikan bengkel “Usahawan dan Zakat : Hikmah Berzakat”.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..
(opens in a new tab)”>Jom Daftar Sebagai Ahli PUBI Perak –>
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.
Tuan Abu Naufal
Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd
KOMEN TERKINI