DUNKIN’ DONUTS PERTAMA KALI DIBUKA OLEH PENGASASNYA IAITU WILLIAM ROSENBERG PADA TAHUN 1950 KINI TELAH MENAKLUK DUNIA!

Pada mulanya, beliau membuka sebuah gerai donut dengan nama Open Kettle di kota Boston, Quincy – Massachusetts, Amerika Serikat dan beliau juga tidak menyangka gerai donut miliknya itu tumbuh dengan pesat.

Hal ini terbukti dari bertambah banyaknya jumlah pelanggan yang berkunjung ke gerai tersebut. Melihat perkembangan usahanya yang terus berkembang, tahun 1950 Rosenberg pun memutuskan mengubah nama Open Kettle menjadi nama lain. Setelah melalui proses yang panjang, terpilihlah nama baru iaitu Dunkin’ Donuts. Bersamaan dengan perubahan nama tersebut, maka diilhamkan juga sistem franchise untuk perusahaan ini.

“Mr. Donut” atau Bill Rosenberg, adalah pengasas kepada Dunkin Donut

Tahun demi tahun berlalu dengan kemajuan dan kehebatan nama Dunkin’ Donuts yang semakin tidak dapat dibendung lagi. Bahkan pada tahun 1970 Dunkin’ Donuts telah memasuki parasan dunia dengan reputasi yang sangat luar biasa sekali kerana kualiti produk dan layanan istimewanya kepada setiap pelanggan.

Reputasi itulah yang kemudiannya menarik minat Allied Domecq, iaitu sebuah perusahaan antarabangsa yany membawa nama Togo’s dan Baskin Robins untuk membeli Dunkin’ Donuts dari keluarga Rosenberg. Pembelian dan pengambilalihan perusahaan dari keluarga Rosenberg akhirnya disepakati dan dilakukan dengan penuh persahabatan pada tahun 1983. 

Meski berganti pemilikan, Allied Domecq tetap berusaha mempertahankan sistem yang sudah berjalan di Dunkin’ Donuts. Kalau pun ada yang harus diubah, perubahan tersebut hanya dilakukan dalam skala yang kecil. Hanya satu yang menjadi misi Allied Domecq iaitu membantu Dunkin’ Donuts memperluas pasaran ke peringkat antarabangsa.

Untuk mencapai misi dan visinya itu maka perlu ada satu standart yang ditetapkan di seluruh kaunter Dunkin’ Donuts. Di samping itu, berbagai strategi pemasaran yang jitu juga mula dilancarkan, seperti selalu berusaha memperbaharui ‘design’ yang selaras dengan trend, fokus terhadap kualiti produk serta berusaha memaksimakan kepuasan pelanggan.

Dengan didukung oleh sumber daya manusia yang handal, dalam masa yang singkat, misi dan visi Allied Domecq tercapai. Dunkin’ Donuts berhasil memperluas pasar secara menakjubkan sehingga gerainya tidak hanya tersebar di benua Amerika, tetapi juga di benua Eropah dan Asia termasuklah di Malaysia.

Jom baca artikel 'Mengapa kita susah menjadi kaya..'

BAGAIMANA DUNKIN DONAT MENJUAL DONAT & KOPI SEPERTI PISANG GORENG PANAS?

1. William Rosenberg memulakan bisnes katering dengan modal $1,500. Dengan modal itu, dia membeli teksi terpakai dan menukarnya menjadi food truck.
2. Selepas beberapa lama, dia sedar bahawa 40% jualannya datang dari dua produk iaitu kopi dan donut.
3. Pada tahun 1948, Rosenberg buka kedai pertama di Quincy, Massachussets, bernama Open Kettle. Nama itu bertukar menjadi Dunkin Donut dua tahun kemudian.
4. Apabila Starbuck dibuka pada tahun 1995 di Boston, Dunkin Donut mula menghadapi cabaran pasaran kopi.
5. Orang datang ke Starbuck untuk minum kopi sebagai satu gaya hidup (lifestyle).
6. Untuk bersaing, Dunkin Donut memposisikan kopi sebagai “minyak” yang diperlukan untuk menjalani kehidupan harian.
7. Maka, kempen “America Runs on Dunkin” diperkenalkan pada tahun 2006. Tujuh tahun selepas itu, jualan di Dunkin Donut meningkat 66%.
8. Hari ini setiap pagi ramai orang beratur untuk beli kopi dan donut di Dunkin Donut sebagai sarapan.
9. Setiap tahun, Dunkin Donut menjual 1.7 bilion cawan kopi di 11,300 lokasi di seluruh dunia, di mana 8,500 kedai berada di Amerika Syarikat.
10. Belajar dari Dunkin Donut. Sekiranya kita ingin terus “hidup” apabila berhadapan dengan saingan baru, lakukan inovasi dan buat positioning baru. Usah bertembung. Biar orang pergi Starbuck untuk “lifestyle” asalkan orang datang Dunkin Donut untuk “isi minyak” – sama seperti kita beli nasi lemak setiap pagi!

Semoga anda semua mendapat pengajaran dari kisah ini.

Insyallah..

Sumber: Google & Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)