HASRAT SEORANG IBU UNTUK MELIHAT ANAKNYA BERTUKAR MENJADI MIMPI NGERI APABILA BAYI YANG DILAHIR KAKU TIDAK BERNYAWA.

Kejadian yang dilaporkan berlaku pada 1hb mac 2018 yang lalu di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh telah menarik perhatian ramai pihak apabila sebuah status telah dimuat naik di facebook oleh individu yang bernama Nur Hidayah Azman.

Beliau telah mendakwa pada kejadian itu, anak yang dilahirkan oleh beliau meninggal dunia akibat lemas di dalam perut dan bayinya sudah tertelan najisnya sendiri menyebabkan paru-parunya dijangkiti kuman dan telah rosak.

Photo beliau bersama anak yang telah meninggal, Al-Fatihah

Beliau telah memuat naik status tersebut di facebooknya sendiri pada 6hb Julai 2018 yang lalu. Status tersebut telah dikongsi oleh ramai pengguna facebook dan rata-rata komen yang diberikan sangat bersimpati dengan kejadian yang telah menimpa dirinya.

Nur Hidayah Azman di dalam masa yang saya telah memohon kepada pihak berkuasa terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyiasat perkara tersebut kerana bimbang telah berlaku kecuaian di pihak Hospital. Beliau juga telah berkongsi kronologi kejadian di status facebooknya dan boleh dibaca dengan jelas.

Kami di PUBI Perak berharap supaya pihak berwajib dapat menyiasat perkara ini dan semoga Pn Nur Hidayah Azman mendapat pembelaan sewajarnya. Kami juga berharap Puan tabah dan tenang menghadapi ujian yang sangat besar ini.

Insyallah..

Status yang telah dimuat naik oleh pengguna facebook yang bernama Nur Hidayah Azman

Baca lanjut perkongsian di facebook