TRAGEDI – BAYI LELAKI DICAMPAK DARI KETINGGIAN 3 TINGKAT

Georgetown, 13 Mei – Seorang bayi lelaki dicampak dari tingkat tiga blok 8G flat Bukit Gedung di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu disedari penghuni flat berkenaan selepas menemui bayi yang masih bertali pusat itu di pekarangan blok 8G terbabit.

Terdahulu, penduduk menghubungi pihak polis bagi memaklumkan kejadian sebelum melihat ada kesan darah pada bahagian belakang kepala.

BACA BERITA SEBELUM INI: Polis Maut Selepas Lima Hari Bertarung Nyawa

Roda Pena difahamkan, seorang wanita bujang berusia lingkungan 20-an telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.

Siasatan lanjut juga mendapati, bayi berkenaan dibuang dari tingkap dapur flat blok berkenaan dengan ketinggian kira-kira lima meter.

Turut kelihatan kesan darah pada bahagian tingkap terbabit.

Bayi yang masih hidup itu dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk rawatan susulan.

Sumber: PenangKini