
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini sepanjang bulan Mac 2025 ini, wakil-wakil pemasaran MyAngkasa Amanah Team Kopubi telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke sekolah terpilih bagi memohon untuk mengadakan sesi Taklimat berkaitan Pengurusan Harta Pusaka, Hibah Dan Wasiat kepada guru-guru dan kakitangan di salah sebuah Sekolah di Ipoh Perak.
Alhamdulillah, sambutan daripada Pengetua atau Guru Besar adalah sangat baik dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Insyallah wakil-wakil pemasran kami telah memberi penerangan dan manfaat yang bakal diperolehi oleh golongan pendidik apabila taklimat ini berjaya dilaksanakan.
Taklimat ini juga nanti akan disampaikan oleh Pengurus Pemasaran KOPUBI Perak Bhd yang berpengalaman dalam bidang pengurusan harta pusaka, hibah, dan wasiat dan maklumat yang bakal disampaikan ini akan memberi manfaat besar kepada guru-guru dan kakitangan sekolah tersebut.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Kelas Teknikal Team Maab
Disamping itu juga wakil kami memohon kebenaran utk membuka booth pada program2 tertentu yang dijalankan oleh pihak sekolah.
Booth dan taklimat ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan pemahaman berkenaan kepentingan pengurusan harta pusaka yang teratur disamping memberi pendedahan mengenai kaedah hibah dan wasiat sebagai langkah perancangan kewangan keluarga serta pewarisan.
Disamping itu juga akan dapat membantu warga pendidik dalam memastikan kesejahteraan serta kesinambungan ekonomi keluarga melalui pengurusan harta yang bijak.

Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak yang besar kepada warga pendidik serta dapat menjadi penggerak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah.
#KOPUBI #MyAngkasaAmanah #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia #TeamMAABKopubi



KOMEN TERKINI