PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 21hb Februari sehingga 28hb Februari 2024 yang lalu, persiapan pembukaan bazar ramadan 2025 anjuran PUBI Perak telah giat dijalankan bertempat di tapak bazar ramadan di Taman Temara, Ipoh Perak Darul Ridzuan.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Majlis Taklimat Kepada Pelesen-Pelesen Bazar Ramadan 2025

Persiapan telah dimulakan dengan operasi menambak dan meratakan permukaan tapak bazar ramadan ini oleh kontraktor yang telah dilantik supaya memberi suasana bazar yang selesa kepada peniaga dan pengujung yang akan mengunjungi bazar ini.

Selain itu hhemah-khemah bazar juga telah dipasang oleh kontraktor di tapak bazar ramadan tersebut di mana sebanyak 26 buah khemah telah didirikan di Taman Temara.

Sementara itu pihak MBI juga telah hadir membuat ke lawatan tapak dan memastikan keadaan tapak bazar ini mampu beroperasi dengan baik serta membuat aliran longkang bagi mengalirkan air sewaktu hari hujan. En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Persatuan bersama Ahli Jawatankuasa En Khairul Akmal telah hadir sewaktu persiapan ini dijalankan dan turut memantau situasi semasa demi memastikan kelancaran operasi persiapan tersebut berjalan dengan lancar serta mengikut jadual.

Beliau selaku pengerusi Kumpulan PUBI juga telah menaikkan bendera kebanggaan persatuan di hujung kedua-dua belah khemah di setiap bazar bagi mengekalkan identiti persatuan di kawasan bazar ramadhan ini serta telah menjadi trasdisi bendera persatuan akan dinaikkan di kawasan bazar ramadan anjuran PUBI Perak.

Untuk makluman, Bazar Ramadan Taman Temara akan beroperasi di lokasi yang baharu yang tidak berjauhan daripada tapak lokasi Bazar Ramadan yang asal dan notis pemindahan tapak bazar ramadan ini telah diedarkan kepada peniaga-peniaga.

Pemindahan tapak ini dijangka akan memberi lebih keselesaan kepada peniaga dan juga pengunjung seterusnya memberi pengalaman yang baik ketika membeli belah di bazar ramadan ini.

Pengerusi PUBI Perak mengibarkan bendera Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak di Tapak Bazar Ramadan Taman Temara.

Para peniaga juga telah diberikan notis pemindahan lokasi bazar dari lokasi yg asal ke lokasi yang baharu dan kawasan lokasi yg asal akan dijadikan kawasan larangan menjaja disepanjang bulan ramadan ini.

Pada tahun 2025 ini seramai hampir 30 orang peniaga telah bersedia untuk memasuki bazar ini pada 1 Ramadhan yang mana melibatkan hampir 60 petak/tapak bazar yang telah disediakan oleh pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI).

Syukur hasrat untuk PUBI memberi kemudahan kepada peniaga-peniaga kecil mencari rezeki pada tahun ini telah tercapai dengan izinNya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak MBI kerana memberi kepercayaan kepada pihak PUBI sebagai salah sebuah penganjur bagi Bazar Ramadan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak