ORANG YANG BERJAYA ADALAH MEREKA YANG BERUPAYA MENGEKALKAN TAHAP MOTIVASI MEREKA PADA TAHAP MAKSIMA SETIAP HARI
Motivasi adalah salah satu resepi untuk berjaya, kunci kejayaan matlamat dan impian semua orang. Ramai antara kita hanya tulis sahaja impian, kemudian bersemangat sekejap untuk beberapa hari dan jam kemudian hilang motivasi, terus lupa apa nak buat untuk capai impian itu.
Jika anda juga merasa perkara yang sama, jangan risau.. hari ini PUBI Perak akan kongsikan 5 perkara yang anda perlu buat setiap hari untuk kekal motivasi dan semangat untuk terus berjaya.
Kita sebagai manusia memang sudah menjadi lumrah, satu ketika rasa sangat termotivasi dan terus buat perubahan secara mendadak. Ada ketika juga, kita lemau, tak termotivasi langsung dan tak nak buat apa-apa. Ia memang perkara normal dan biasa. Semua orang rasa benda yang sama.
Satu-satunya perbezaan di antara orang biasa dan orang luar biasa dari segi motivasi adalah orang luar biasa tahu bagaimana nak uruskan kemahuan diri mereka dan bagaimana lebih kerap termotivasi dari orang biasa-biasa. Berikut adalah 5 cara terhebat yang anda boleh cuba.
Orang biasa cakap motivasi tak kan bertahan lama. Mandi pun macam tu juga – sebab tu kita cadangkan ia dilakukan setiap hari” Zig Ziglar
5 PERKARA YANG ANDA PERLU BUAT SETIAP HARI UNTUK KEKAL MOTIVASI;
1. Pandang Vision Board Setiap Kali Bangun tidur dan Sebelum Tidur
Adakah anda ada Vision Board? Vision Board adalah satu jenis koleksi gambar yang merujuk kepada perkara-perkara yang anda ingin capai dalam hidup atau IMPIAN. Gambar itu ditampal pada dinding atau dalam jurnal kecemerlangan anda supaya anda boleh tengok ia dan visualisasi/bayangkan setiap hari. Minda kita merakamnya dalam gambar dan sebab itulah Vision Board sangat berkesan dalam memotivasikan kita.
Contoh, jika salah satu impian anda adalah nak ada banglo tepi pantai, carilah gambarnya dalam majalah atau mana-mana sumber dan gunting. Tampal pada Vision Board anda itu. Biasakan diri untuk tengok Vision Board dan visualisasi / bayangkan bayang anda dah capainya setiap hari.
Teknik ni sangat berkesan kerana ia bantu untuk cipta keinginan kepada apa yang kita nak capai dalam minda melalui penggunaan minda. Lebih kerap anda fikir apa yang anda nak capai dalam hidup ini, lebih tinggi peluang anda capai impian itu.
Dengan membayangkan anda memandu kereta idaman anda dan tinggal dalam rumah idaman, anda akan terus rasa termotivasi serta-merta. Bukan setakat gambar kereta dan rumah, anda boleh masukkan apa-apa gambar lain seperti destinasi impian untuk dilawat. Cubalah apa-apa pun dengan kreativiti masing-masing dan alaminya sendiri.

Contoh ‘Vision Board’ yang perlu ada untuk kita berjaya
2. Tuliskan Matlamat Kecil Anda SETIAP HARI
Jika nak berjaya, anda perlu menulis matlamat kecil anda setiap hari. Matlamat kecil sangat penting kerana dengan mencapai matlamat kecil anda secara harian maka matlamat yang lebih besar akan mudah tercapai. Ramai yang tahu bagaimana hendak meletakkan matlamat. Tetapi hanya meletakkan matlamat di dalam kepala sahaja tidak cukup. Untuk kekal motivasi tuliskan matlamat kecil mahupun besar setiap hari. Ini akan sentiasa membuat diri anda termotivasi selalu.
Apa yang anda boleh buat adalah tulis matlamat kecil yang anda ingin lakukan besok hari sebelum anda masuk tidur. Lakukan setiap malam tanpa gagal. Hanya ambil buku nota kecil dan lakukannya dengan tanpa banyak berfikir. Anda akan takjub dengan keberkesanan cara ini. Kenapa kena tulis setiap hari? Apabila anda tulis setiap hari, anda sebenarnya mengingatkan diri anda apa yang anda nak capai dalam hidup ni.
Anda boleh lihat kesannya apabila aktiviti ini menjadi rutin. Tanpa anda sedari maltlamat besar anda akan tercapai dengan mudah. jadi mulakan sekarang juga. Banyakkan tindakan.. bukan banyakkan berfikir. Lihat sendiri kesannya nanti.

Mula anda menulis matlamat anda memang akan terasa kekok. Tak mengapa teruskan dengan konsisten.
3. Reward Diri Sendiri
Guna Hadiah atau reward diri sendiri sebagai cara untuk memotivasikan diri anda. Sama macam konsep naik gaji boleh motivate pekerja, begitu juga sistem hadiah atau reward untuk diri sendiri. Sebagai contoh, jika anda boleh capai sesuatu dalam target atau matlamat untuk hari tersebut maka anda boleh hadiahkan diri anda dengan aktiviti riadah seperti menonton wayang, main game, keluar dengan kawan dan sebagainya.
Apabila anda menggunakan strategi ini, anda sudah mula set kan di dalam minda anda bahawa ada hadiah yang menanti jika anda berjaya capai matlamt atau target. Bermacam cara anda boleh reward diri sendiri, ikutlah kreativiti dan kemampuan masing-masing.
Tak semestinya kena berbelanja besar, tetapi buat sesuatu yang menyenangkan dalam kemampuan anda sendiri selagi ia boleh bagi motivasi untuk anda.

Setelah penat berusaha mencapai matlamat anda apa kata anda berehat dan menenangkan fikiran bersama teman-teman seperjuangan.
4. Membaca Kisah Kejayaan Orang sekurang-kurangnya 20 MINIT SEHARI
Ia adalah cara efektif dan sangat terbukti untuk memotivasikan diri sendiri. Bacalah cerita-cerita inspirasi mereka yang sudah berjaya. Sebab tu membaca adalah penting kerana apabila anda membaca cara mereka mengatasi cabaran dan akhirnya berjaya bina empayar sendiri selepas jerih perih itu, anda akan secara tidak langsung akan termotivasi.
Jika anda tidak suka membaca, anda boleh cari video. Boleh cari video temuramah mereka di Youtube boleh juga memberi kesan.
Anda juga boleh temuramah orang-orang berjaya dalam industri anda dikalangan kawan-kawan dan orang terdekat. Selidik cara mereka mencapai kejayaan dan anda juga dapat capai seperti mereka.

Ramai yang mengkritik Dato Aliff Sukri tetapi beliau adalah salah seorang usahawan yang berjaya di Malaysia dan boleh dijadikan sumber Inspirasi.
5. Berfikiran Positif dan Fokus Kepada Tindakan
Apa yang anda fikir akan menjadi tindakan oleh itu fikirlah yang baik-baik setiap hari dan fokus kepada tindakan. Minda kita adalah alat paling kuasa yang boleh digunakan untuk mencapai apa sahaja yang kita henda di dalam kehidupan kita. Ia bergantung bagaimana cara anda berfikir. Jika anda fikir perkara yang positif, maka perkara positif akan datang kepada anda dan sudah pasti tindakan anda juga akan positif. Sebaliknya, jika anda fikir tentang kesusahan dan nasib anda yang teruk, maka minda anda akan cari menjalan untuk membuktikan bahawa benarkah anda bernasib malang.
Jadi, bagaimana anda mahu gunakan minda untuk kekal termotivasi? Jawapannya mudah, anda perlu berfikiran positif dan fokus kepada tindakan. Pada peringkat awal memang nampak susah hendak laksanakan kerana paada peringkat awal sebab anda belum terbiasa lagi.
Apa yang perlu anda buat adalah fikir apa hasil yang anda nak dapat. Bayangkan pandu kereta idaman, melancong tempat impian, jadi kaya, hidup dalam rumah besar yang diidam-idamkan.
Yang memberi motivasi adalah HASIL apa yang kita hendak, bukan proses mendapatnya. Jadi, anda perlu kerap berangan dan membayangkan pencapaian yang anda nak.
Fikir tentang ayat-ayat membina yang memberi semangat, anda akan jadi termotivasi. Ingat, minda kita lah yang akan menjadikan hidup kita seperti apa yang kita fikirkan. Kita mesti sentiasa ada target dalam minda dan bersikap positif sepanjang masa.

Minda yang positif akan menghasilkan tindakan yang positif. Tindakan yang positif akan menghasilkan hasil yang positif.
Begitulah peerkongsian PUBI Perak hari ini. Semoga dengan perkongsian ini akan memberi manfaat kepada semua. Cuba amalkan tips ini dan kongsikan kepada teman-teman anda.
Lihatlah sendiri perubahan di dalam kehidupan anda, sudah pasti akan bertambah lebih baik.
Insyallah..
KOMEN TERKINI