INFO – 5 BENDA KITA KENA TAHU MENGENAI ‘OVERLAP LOAN’
Pembiayaan semula atau bahasa anak muda overlap loan boleh merujuk kepada penggantian hutang sedia ada. Terma dan syarat pembiayaan semula mungkin berbeza dari satu insitusi kewangan ke satu institusi kewangan yang lain.
Overlap loan biasanya dilakukan oleh peminjam yang menghadapi masalah kewangan bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan mereka dengan tempoh yang ditetapkan untuk membayar hutang mereka.
Dalam konteks kewangan peribadi, pembiayaan semula hutang-hutang yang pelbagai menjadikan pengurusan hutang lebih mudah. Jika hutang faedah tinggi seperti hutang kad kredit disatukan ke dalam gadaian janji rumah, peminjam boleh membayar hutang yang tinggal pada kadar gadai janji dalam tempoh yang lebih lama.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI