
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 30hb Disember 2022 sehingga 1hb Januari yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah bertukus lumus bagi menghadapi pembukaan Kantin Sekolah SMK Bercham yang akan beroperasi pada 3hb Januari 2023 susulan pembukaan semula sekolah setelah cuti penggal pada bulan disember.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan bagi persediaan pembukaan kantin ini adalah aktiviti pendawaian elektrik dan pemasangan CCTV, pembersihan kawasan kantin, penyusunan meja dan kerusi serta pemasangan alas meja yang baharu, pemasangan signboard menu dan aktiviti-aktiviti penyelengaraan yang lain.
Untuk makluman semua, KOPUBI Perak Bhd telah mengembangkan perniagaannya dengan menerima tawaran menyuruskan kantin SMK Bercham melalui tender bagi tempoh 2 tahun.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI